Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Bahagia Bersama. Show all posts
Showing posts with label Bahagia Bersama. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

Ke sana sekali lagi

  Jalan-jalan cari makan versi kami sekeluarga berakhir di cameron highlands sebagai penutup tahun 2012. Itu pun sebab family day. Kalau tak kerana family day, entah2 aku duk rumah je sepanjang cuti sekolah huhu husband pun susah nak cuti. Ditambah pula dengan hal decor rumah yang tak selesai2.

Kali ni kami naik ikut simpang pulai. Tak naik ikot tapah dah sebab jalan terlalu berliku2..tapi tanpa disangka2 iris muntah masa nak naik dan nak turun huhu kesian iris..sejak bila la pulak dia jadi loya..sebelum ni takde pun cmtu. Mungkin sebab aku bagi main ipad hampir sepanjang perjalanan. Jadi dia pening lalat kot.

Kami sekelurga besar haji muda hjh robiah menginap di desa antrium apartment..memang sesuai untuk family day. Fasiliti pun 90% lengkap. Kalau nak masak2 pun boleh.  Ni lah gambar sikit yang diambil pakai ipad..gambar2 lain masih suci dalam kamera yang tak ditransfer2..

Budak kaca mata kat ladang boh

Kat bilik apartment


Iris dah besar,sila duduk dibelakang sorang2

Kat taman rama-rama





Kami sekeluarga

Nota kaki: Sebelum ni kami pergi masa cuti sekolah bulan6, memang siap cakap "tak sejuk pun CH ni" pergh bila pergi bulan12 baru terdiam kesejukan! Memang sejuk semacam terutama malam,lagipun hujan..sejuk sampai ke tulang. Nak jejak kaki atas tiles pun tak sanggup hahaha dan semua orang tido berselimut tebal2!

Friday, November 30, 2012

Menarik ku tertarik

  Aku rasa nak share status salah seorang kawan kat facebook...baca-bacalah dan selamat beramal.. ;D

"Seorang lelaki yang berpotensi untuk mejadi hebat, tidak mungkin sama sekali akan menjadi hebat jika wanita yang berdiri di belakangnya lemah.
Bahkan setiap lelaki yang terbukti hebat, berdiri di belakangnya seorang wanita yang juga terbukti hebat."

Moral of the status, secara peribadi aku harap aku boleh jadi wanita yang kuat, hebat dan selalu menyokong husband ke arah yang lebih hebat! muehee mcm poyo la pulok..yang lebih penting berjaya dunia akhirat. Insyaa allah.

Suamiku merangkap papa iris yang hebat!alhamdulillah.

Sunday, October 14, 2012

Window shopping..

Petang td aku ajak husband gi jalan2 dgn alasan nak bawa iris kenal dunia luar..cewwah alasan!logik ke??jawapannya adalah logik. Bagi aku tak kena lah kalau dalam seminggu iris duk kt rumah je mngadap muke orang yang sama..risau psl perkembangan sosioemosi dia, kami suami isteri mmg bersetuju nak bawak iris keluar jalan2 tiap hujung minggu.


Ni gambar last week..pas magrib gi alamanda..kepale teleng terlebey telan leher hayam agaknya

Sambungan citer, td pun kitorg pergi alamanda lg haha tempat yg agak kurang serabut n mesra stroller..kalau ade anugerah penyoping tegar di alamanda, mungkin aku dapat pingat gangsa ni..aku paling suke cold storage!sbb banyak barang "import kt situ..tak sah rasanya gi alamanda klo tak masuk cold storage pastu bli 1,2 benda n kluar..tp arini aku lalu je dpn tu memandangkan kitorg stuju nk window shopping hukhuk..

Window shopping bertukar menjadi shoping apabila kitorg gi bli bantal 5biji kat carefour sbb sale ala2 home fair gitu..rembatlah 5biji bantal plg murah..pastu pegi mothercare godek2 baju yang ade less harganya..satu pun tak berkenan..ehemm tipu lah tu..tgh kegawatan ekonomi aku yang bt2 tak berkenan.. ;D pastu bli ni je utk iris


Berus gigi,pengesat gigi n menghalau nyamuk!!nak tau name sbnr,sila beli sendiri.

Sesudah solat magrib, kitorang pegi makan..ramai sungguh muslimat dalam surau alamanda tu,dh mcm sardin..alhamdulillah ramai yang shopping tanpa lupa solat ye..yg tak bestnye..kain smyg aku terlondeh ms tgh solat ahaha malunye kt org blkg..moral of the story, bwklah telekung sendiri ye adik2..


Papa berusaha pgg tangan iris yang nak tanggalkan headband!



Nota kaki:minggu depan mne lg tempat nak bwk mek iris ni jalan2?

I blog with BE Write

Saturday, October 13, 2012

Rezeki berkereta baru

Kegedikan aku nk bwk krete kecik ke sekolah telah terlaksana apabila suami stuju blikan suzuki swift..klo ikotkan napsu aku, nak je mtk suami blikan VW beetle hahaha tp apakan daya..biar aku mimpi seketika ;D

Ni lah krete baru aku..sng nk parking kt skolah..klo kne calar ngn budak pun xtersentap sgt hati aku klo nk dibandingkan ngn civic..uhuu nauzubillah tp ade hari gilir2 jgk bwk krete

Apapun terima kasih buat suami kerana blanje krete sejibik..yang lebih n paling penting tak lupa terima kasih ya Allah atas segala rezeki yang dikurniakan..Semoga kami sll ingat Allah di saat senang dan susah..tingkatkanlah keimanan kami kepadaMu.

Nota kaki:nombot plat haruslah 785 ;)






Wednesday, April 25, 2012

TGI Friday?


papa+mama+iris
iris yang belum faham konsep bergambar haha penat papa suruh tengok camera
alamak mama terpeleot tlinge sy ni haa
Alkisahnya pada hari Sabtu lepas, papa iris ajak pergi ke TGI friday..first time saya gi tgi friday hehe tah kenapa salah satu wishlist papa iris ialah membawa mama iris pergi makan ke tempat yang mama belum pernah makan!haih menambahkan lemak tepus mama neh..mungkin papa taknak mama 'jakun' kot..takpun 'darat ulu' dalam bhs trggnanu..'guamusang' dlm bhs kelate ;D org gua musang jgn marah..tu la hsband sy sll sebut huhu

Sekian dahulu roger n out!

Sunday, April 22, 2012

Tak sia-sia masak nasi lemak!

Dapat upah jam seketul..thanks hubby

nasi lemak sotong ;D
ops abaikan gelang pusaka mak itu! hehe

Monday, April 9, 2012

Rumah oh rumah..kenapa harga kamu bukan patploh sen?

Memiliki rumah sendiri sudah tentu menjadi harapan dan impian setiap insan yang mendirikan rumahtangga..*ayat jiwang seketika* muehehhe

Nama pun rumahtangga kan..kompomlah mesti ada rumah berserta tangga..setakat ni kitorang blom ada rumah lagi, tangga je ada*menumpang di rumah klong duduk di tingkat atas* hehe namun encik suami dalam proses membeli rumah..insyaallah tahun ni jgklah house warming diadakan..amin

Rumah kecil atau besar, rumah disewa, dibeli atau free bukanlah satu ukuran kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Cume bagi saya, pasangan berkahwin yang tinggal di rumah sendiri akan melengkapkan lagi perkahwinan mereka. Terserahlah pada pendapat masing-masing.

Kekangan yang dihadapi dalam proses membeli rumah:

1) Keliru nak beli rumah baru/rumah terpakai. Kami terpaksa listkan pros n cons dan minta nasihat beberapa orang ahli keluarga terdekat.

2) Harga rumah yang mahal di Bangi. Bkn bangi je kot*mrgkumi selangor/kl* Harga rumah teres 2 tingkat di sini hampir menyamai harga rumah semi-D di tempat lain..entah-entah rumah banglo pun boleh dapat. Mane taknya kalau kat bbbangi, tak sah kalau harga bukan rm300k++ (T_T).

3) Encik ejen yang jual rumah tamak dan ingin mengaut keuntungan!tapi akhirnya kantoi..panjang ceritanya.

Setelah menilai beberapa buah rumah..kami telah pilih rumah terpakai yang terletak di seksyen 3, bandar baru bangi..rumah yang tak kecil sangat..tak besar sangat..tak buruk sangat..tak canggih sangat..tapi oklah sebagai rumah pertama pasangan yang berumur 27 tahun hehe

Nota kaki:
Jom jamu mata tengok rumah kedua kami nanti hihi insyaallah...berjuta-juta harga ni uolzz..manabunglah singgit sari mulai sekarang..














Saturday, April 7, 2012

offshore VS keje opis

My hsband baru je dapat offer keje lain..kali ni mungkin dah tak perlu nak tinggal anak bini tido kat laut cina selatan lagi!alhamdulillah..rezeki jugak tu..perlu disyukuri..tapi masih dalam dunia oil n gas lagi..adakah beliau akan terima kerja tersebut??

Nantikan episod akan datang yang bertajuk "Keputusan muktamad suamiku"
p/s:Tetibe saya rasa suami saya hebat orangnya hehe haruslah puji suami sendiri kan!

Saturday, January 28, 2012

Berakhir sudah cuti bersalin 90hari

Dah 90hari ke?rasanya baru je push2 kat hospital hari tu.

Banyak perkara baru dalam hidup saya sekarang. Anak baru..tempat tinggal baru..suami baru ops..suami dah setahun tapi baru duduk sama-sama,sebelum ni PJJ..sekolah pun baru.

Jadi banyak benda juga saya kena belajar. Belajar sesuaikan diri dengan tempat tinggal baru..belajar ingat jalan tanpa guna GPS, kenal kedai-kedai best yang ada kat bangi ni ;D saya baru perasan kat bangi ni ada banyak butik..i loike!*bajet mak datin nak gi nyoping mcm duet banyok bebeno huu*

Sekolah baru pulak saya dah pergi lapor diri. Malangnya cikgu maths kat situ dah terlebih-lebih. Penolong kanan suruh saya pilih nak ajar BM,BI atau GEO fuhh semua subjek ketidaksukaan saya tu. Saya boleh je ajar sebenarnya tapi risau ajaran saya sesat lagi menyesatkan kuikuikui lagi risau bila student pulak yang tegur kalau silap fakta ke apa hehe lantok ler..tunggu isnin ni tengok kena ajar apa..yang penting saya dah dapat pindah selangor..yippiii!

Hidup saya dah hampir sempurna bila dapat tinggal sebumbung dengan suami saya. Sebelum ni PJJ pun ada jugak bestnya. Best bila weekend tidur kat hotel..macam-macam hotel sudah kami redah..ala-ala honeymoon gitew!Ahh lupakan itu semua. Sekarang bolehlah saya jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan lebih baik insyaallah.

Masak?no hal..kicik hal punya..cuma sedap tak sedap je la ngee suami saya puji je..mungkin nak ambil hati saya atau memang masakan saya betul-betul sedap huhu perasan. Tapi saya selalu termasak pedas. Berasap telinga.Kalau tak pedas tu rasa takde selera. Pastu lauk mesti ada kaler merah..barulah menggiurkan gitu hehhe

Rumah sendiri?dalam proses mencari..mahalnya rumah kat area bangi ni huhu nak nanges T_T rasa bila berkenan rumah cantik, besar tapi poket pula tak cukup berat..ni la akibat boros dan tak menabung. Jadi anak-anak di luar sana silalah jimat cermat. Tapi kitorang dah cop satu rumah tu..hubby suka je sebab mampu milik dan tak perlu combine loan..walaupun bukan rumah idaman saya, tapi tetap bersyukur. Hubby cakap pasni our second house, sayang pilihlah pulak ye.*nak pujuk ai la tew*

Sekian dahulu laporan saya kali ini.roger n out!oh ye iris dah 3bulan arini..we love u iris muah!

iris dah nak start nangis
jalan-jalan PD

Thursday, December 15, 2011

Wah sungguh teruja!

Tak sabau rasanya menunggu 17 Disember 2011 iaitu hari ulangtahun perkahwinan kami yang pertama..lagi 2 hari. How eh mau celebrate..hmm

Imbas kembali saat bergelar suami isteri




Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya

rumah mertua di kelantan


7months preggy
raya di kemaman
baju raya sy hubby yang pilih..

Thursday, August 18, 2011

Orang kata rezeki baby =) Alhamdulillah...

My husband sangat busy bulan Julai yang lepas..asyik outstation pegi labuan then miri..tapi sekali sekala balik kl sempat pulak dia uruskan pembelian kereta baru kami..tapi hubby selalu cakap "tu kereta syg la..bukan kereta abg.." saya sangat la kurang dapat menerima hakikat sebab tak pernah terfikir pasal nak beli atau pakai kereta baru untuk tahun ni..sangat terharu sebab hubby banyak kuarkan duet tuk bahagiakan saya..tapi serius saya xpernah minta kereta sejibik..cukupla suami sayang saya seadanya~cewah,ayat isteri solehah~ngeh3

Alkisahnya bermula sejak kereta hubby hilang kat kondo kenari,kajang huhu hubby parking kereta kt luar kawasan kondo..pepagi buta dah kol bagitau "syg,kereta abg hilang"~sambil melutut atas tanah kot hubby ms tu~sgt moral down...takleh imagine~hubby berkemeja dan membawa beg laptop nak gi keje pastu tengok kereta takde~hehe klakar pun ade ;p ape yang lebih menyedihkan banyak benda berharga dalam kereta hubby tu..gps yang hubby beli masa kat US aritu..pakaian dia 1 bag stand by nak gi offshore..kasut clarks n kasut sukan hubby n yang paling tak best spek itam kitorang uwwaaa...saya xbape suka spek itam, tapi bile hubby belikan,saya jadi suke..spek cap oakley lagi huhu

Sejak dari kejadian tu la..kami mula berbicara mengenai kereta baru..kesian hubby kalau gi kerja pagi2 naik lrt..penat dia jalan dari klcc ke menara rohas perkasa,tempat dia kerja..saya memang dah hampir2 nak beli myvi..siap amik pamplet hehe saya nak bagi hubby pakai..nak buat surprise ;p solehahnye..saya pulak tengah pakai kelisa mak..jadi tak kisah mana2 pun..sekali hubby pulak yang buat surprise kat saya..surprisenye kereta proton waja dia tu dah ditemui semula..masa tu hubby kat US..jadi abg kamarul,abg kpd hubby bersamaan abg ipar saya yang menguruskan kereta yang telah ditemui..kereta tu masih boleh diselamatkan sebab engine dia ok lagi...bebudak penyangak hanya mencuri sport rime..barang2 sume..bende alah letak cd dan cd lagu hubby huhu lagu awie banyak kt dalam tu hehe

Oleh sebab rezeki lebih gara2 hubby asik outstation,niat nak beli kereta baru masih diteruskan walaupun kereta waja berjaya dijumpai dan diselamatkan~pihak insurans cover sume bayaran baikpulih~

Selepas lebih kurang sebulan hubby uruskan pasal kereta..akhirnya kereta honda civic 2.0 menjadi pilihan hubby dan drivernya ialah saya huhu awal2 kena bawak kereta panjang sangatlah menakutkan diriku ini..yela selama ni bawak kelisa je hehe kereta waja hubby pun dah siap kluar bengkel alhamdulillah..apepun saya dh lenguh menghupdate post kali ni...macam karangan pmr pulak rasa hehe

Tarikh penting untuk diingati:
20 Julai 2011 -Hubby pulang dari Labuan
21 Julai 2011 -Hubby ambik kereta baru
22 Julai 2011 -Kereta ditinted
23 Julai 2011 -Kereta dihantar ke JB untuk isteri tercinta ;p koya
25 Julai 2011 -Kereta kelisa dihantar pulang ke kampung..

kereta perodua kelisa (kt belakang) hehe dah hantar kampung

kereta baru saya alhamdulillah..ops kereta kami ;p hubby bayar yeayy

no plat pilihan..

kereta hubby ketika baru ditemui



*Hubby currently at Miri..I'll miss U hubby..huhu*

Tuesday, August 16, 2011

Hari ni saya sedih T_T

Pagi2 lagi hubby dah call.."syg..abg ade bad news nk bgtau" huhu trus satu hari saya jadi bad mud..abis lah student kena marah bila bcakap skit masa test tadi..sekarang musim ujian..nasib baik tak penat sangat..huuhh cepat penat btol sekarang..naik tangga tingkat 4..turun then naik lagi..gini lah kerja cikgu..bila la nak ada lift kat sekolah ni..hee

Hubby bgtau project dia delay..start jumaat ni dan mungkin berakhir 28hb8 huhu 29hb baru dapat turun rig n pegi miri n baru la boleh balik..tak seperti yang kami rancang..ingat nak balik raya sama2 uwwaaa*nanges* nasib baik lah sempat jugak bbuka puasa sama-sama weekend yg lepas..sempat shopping baju raya n kasut raya sekali*baru boleh senyum ;)* thanks hubby..sejak pregnant ni, banyak perkara hubby tunaikan aje selagi termampu katanya*hepi sampai terlompat2..toing2*

Jenguk balik la ape barang-barang yang telah dishoppingkan..baju raya kali ni hubby yang pilih..saya berkenan dress ala2 arab banyak manik..tapi hubby tak berkenan huhu so ikutlah cakap suami..yang paling penting mata dia nampak isterinye cantik..komen n mata orang lain buatpe nak layan!

orange n biru

songkok dan ketayap hubby

kasut paling selesa sempena preggy..hubby blanje yeayy
Rasanya dua pasang baju raya tak cukup memandangkan raya sebulan ;p tengah2 takde mud+sedih ni best la shopping..heehee

Tuesday, October 5, 2010

Perkahwinan bukan satu pertandingan (TIPS)

Sama ada saudara-mara, rakan-rakan ataupun tetamu yang lain, sememangnya suka membandingkan persiapan majlis perkahwinan. Jika anda cuba mengikuti semua pandangan dan memenuhi cita rasa semua orang, maka akan gagallah majlis perkahwinan anda. Oleh itu, anda hanya perlu memenuhi impian anda dan bukan orang lain. Apa-apa yang mereka perkatakan bukanlah masalah kepada anda.

Anda hanya perlu fokus dan berdoa agar majlis pernikahan anda berjalan lancar dan bukan memikirkan kemeriahan majlis perkahwinan anda itu.

Saturday, August 28, 2010

Dugaan Cinta Jarak Jauh

internet penghubung
PERNAHKAH anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.
Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.



Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.

(1) Percaya pada pasangan

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.
Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

(2) Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang kita sayang, kini jauh dari mata.
Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

(3) Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.
Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

(4) Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

(5) Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.
Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.
Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

(6) Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.
Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.



Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Thursday, August 19, 2010

Tips mengambil hati pasangan


sha n frens
Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami

  1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.

  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.

  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh

Tips mengambil hati isteri

  1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda

  2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.  

  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta  

  4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.

  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.
Selamat mencuba!