Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 13, 2011

Pengalaman bersalin anak pertama (bahagian I)

Jam menunjukkan pukul 2 petang..kalendar menunjukkan tarikh 27 Oktober 2011, hari Khamis..saya yang busuk baru je nak mandi gara-gara duk mengemas bilik dan mengangkut barang-barang baby dari pagi tadi. Bukan setakat mengemas bilik dan angkut barang, tapi saya siap basuh bilik air lagi. Kononnya sebagai persediaan untuk baby *persekitaran yang bersih* dan untuk menyambut kepulangan hubbyku. Hubby kata dia rasa nak balik hari jumaat,sabtu dan ahad tersebut walaupun dia kat offshore masa tu kerana jobnya delay. Tapi hari Ahad dia dah kena balik Miri semula. Isnin kerja. Tak kisahlah, yang penting dapat jumpa walaupun sekejap yeay suke!

So sambung semula pasal nak mandi. Masa saya nak mandi saya terkezut melihat kelibat sedikit darah yang cair pada panty. Aik darah apekah ini..selama saya mengandung tak pernah lagi ada keluar darah.huhu tetibe rasa takuknye..dalam rasa ketakutan saya mandi manda dulu dan lepas tu baru saya bagitau mak. Mak tanya "bukan lambat lagi ke EDD?Nak gi klinik tak?"Saya yang tak sakit pape ni pun confius, nak gi ke tak. Mak pun macam tak cuak langsung. Mungkin sebab tengok saya rileks je kot!

Tapi atas nasihat kakak2, akhirnya lepas asar, saya, mak dan ayah pergi ke pusat rawatan keluarga MUIP, kuantan..tempat yang saya disyorkan oleh mak untuk bersalin. Saya tak kisah mana-mana pun, janji selamat. Kakak saya 2 orang pun bersalin kat sini kesemua anak masing-masing.hehe kecuali k.mar dia bersalin di Kuantan MC. So masa tu saya dah angkut sekali beg mommy dan beg baby manalah tau tetibe kena beranak.huu takuk..takuk..walaupun takut, sepanjang perjalanan ke kuantan, saya sempat tido dalam kereta sampai meleleh-leleh air liur basi huu

Dah sampai PRK MUIP, saya register macam biasa, takde pergi emergency pun sebab saya sendiri rasa tak emergency ngehngeh. So pergi check up macam biasa. Masa tu Doc Razak bertugas. Lepas di story mory kepadanya dan memandangkan darah agak cair dan tak berlendir, tak berterusan darahnya kluar, tak sakit, doc membuat kesimpulan bahawa tak bahaya. Lepas tu doc suh baring dan scan perut. Bila dah di scan, doc kata uri memang dah matang, "nampak tak tu bintik-bintik pada uri, maknanya uri dah matang". katanya lagi rahim pun dah mula nipis. Pastu dia siap cakap, "dah dekat nak bersalin nih..mungkin esok ke..."haih buat berdebar je la doc nih! Papepun doc suruh balik rumah macam biasa sebab baby masih lagi ok..dengupan jantungnya pun ok,dan suruh tunggu lagi tanda-tanda nak bersalin seterusnya..

So kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang lega..lega ke?huhu malam tu bila hubby call saya bgtau dia. Dia dah mula risau dan tak senang duduk huhuu tapi takpe esok hari jumaat hubby dah nak balik..


p/s; Baby Iris dah nangis terpaksa berenti di sini..nantikan cerita yang berlaku keesokan harinya  iaitu  hari Jumaat 28 Oktober 2011

3 comments:

  1. cha,cpt smbung..excited ni..(tringt skmo skill tdo air liur basi =p)

    ReplyDelete
  2. pergh saspen gile. cepat lah sambunggg

    ReplyDelete
  3. cepatla smbung..x sbr nk tau ni..suspen tul sha ni..cepat la

    ReplyDelete