Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Salam lebaran..

Rasanya belum terlambat lagi untuk ucap selamat hari raya kepada yg sudi baca blog kurang menarik ini ngehngeh rya kali ni di kampung isteri,kemaman, terengganu terlebih dahulu..raya kedua barulah balik ke klate

Tema hijau bg raye 2013

Hayatilah gambar2 kekeluargaan yg penuh dgn kegemukan di hari raya hewhewhew



P/s: Tahun depan insyaaAllah beraye berempat la pulok.. ;')







Tuesday, May 28, 2013

Bulan Mei yang selalu bermakna

 1) Birthday aku pada bulan ni..kali ni yang ke-28 macam dah tua rasanya huu 

Carrot cake my favourite..suami belikan masa dia balik kerja..kire surprise la ni hehe balik kerja terlompat2 keriangan suruh aku potong kek

Yang paling tak disangka2, student aku pun bt surprise beli kek n bawa mknn ke sekolah..pandai diorang plan haha smpai termenangis aku..btol..aku xpernah nak celebrate birthday..kalau celebrate pun ngan husband beli kek seketul macam kat atas ni..tetibe pelajar2 tu buat surprise..wpun aku mngajar tahpape..ingat jgk diorang birthday aku hukhuk sgtlah terharu..terima kasih student2 cikgu sume..love u all..



2) Birthday suami juga pada bulan ni..same umur ngn aku..28 tahun..tapi aku nampak lg muda kann huhee tetibe

Aku beberapa kali berniat nak beli ice cream cake BR tapi tak tercapai lg hasrat..haha kesian suami..aku banje dia makan je kt red wok..cake tu kirenye masih jadi hutang ;D


3) Hari guru

Tahun ni sekali lagi aku dapat anugerah guru paling bergaya sesi petang padahal aku rasa tak bergaya mana pun tahun ni..baju2 cantik pun dah banyak tak boleh pkai gara2 lemak tepus bertambah..tapi entah,mungkin pelajar2 suka hati dia je nak undi..tapi tetap menghiburkan hati aku ;)


4) Cuti sekolah

Ni paling best!!walaupun husband bukan cikgu n xdapat bercuti bersama-sama, tapi aku tetap happy bila dapat luangkan lebih banyak masa dengan iris..weekend je la boleh berjalan2 sekeluarga..


Yang ni pergi bukit tinggi..pokcik belakang mcm xpuas hati ngan aku je hahaha










Saturday, January 12, 2013

Ke sana sekali lagi

  Jalan-jalan cari makan versi kami sekeluarga berakhir di cameron highlands sebagai penutup tahun 2012. Itu pun sebab family day. Kalau tak kerana family day, entah2 aku duk rumah je sepanjang cuti sekolah huhu husband pun susah nak cuti. Ditambah pula dengan hal decor rumah yang tak selesai2.

Kali ni kami naik ikut simpang pulai. Tak naik ikot tapah dah sebab jalan terlalu berliku2..tapi tanpa disangka2 iris muntah masa nak naik dan nak turun huhu kesian iris..sejak bila la pulak dia jadi loya..sebelum ni takde pun cmtu. Mungkin sebab aku bagi main ipad hampir sepanjang perjalanan. Jadi dia pening lalat kot.

Kami sekelurga besar haji muda hjh robiah menginap di desa antrium apartment..memang sesuai untuk family day. Fasiliti pun 90% lengkap. Kalau nak masak2 pun boleh.  Ni lah gambar sikit yang diambil pakai ipad..gambar2 lain masih suci dalam kamera yang tak ditransfer2..

Budak kaca mata kat ladang boh

Kat bilik apartment


Iris dah besar,sila duduk dibelakang sorang2

Kat taman rama-rama





Kami sekeluarga

Nota kaki: Sebelum ni kami pergi masa cuti sekolah bulan6, memang siap cakap "tak sejuk pun CH ni" pergh bila pergi bulan12 baru terdiam kesejukan! Memang sejuk semacam terutama malam,lagipun hujan..sejuk sampai ke tulang. Nak jejak kaki atas tiles pun tak sanggup hahaha dan semua orang tido berselimut tebal2!

Friday, December 10, 2010

Solat hajat malam jumaat

Hari khamis mlm jumaat..ayah adakan solat hajat bersempena mjlis perkahwinan sha+ikhwan(supaya berjalan dengan lancar dan baik) juga untuk adik yang sedang menghadapi peperiksaan spm..dan ape2 hajat je la bagi sesiapa yang berhajat..

dari pagi kami adik beradik clearkan ruang tamu rumah,sapu dan vacuume..ohh sungguh penat..orang surau n saudara terdekat dijemput..mak masak sendiri lauk gulai daging, sayur goreng, ikan goreng sambal,sambal belacan,ikan kering,telur asin,air sirap n air tea..
rania main apa tu

clear x?tggal krusi lg sketul
telur itik asin
nanas untuk dibuat sambal belacan

yura menyusun pinggan
sayur goreng mak

anak-anak saudara makan dulu

saya la tu..tembamboolat
sebahagian lauk pauk

~semoga ikhwan selamat pulang ke malaysia..~
my tunang terpaksa mengikuti kelas selama seminggu di amerika