Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label house renovation. Show all posts
Showing posts with label house renovation. Show all posts

Sunday, December 9, 2012

Kitchen cabinet!

  Dengan bangganya aku mengishtiharkan inilah dia kitchen cabinet owner lama yang telah diberi nafas baru oleh kami..opss bukan kami sangat pun. sebenarnya encik yusri, kontraktor kami..dia gabungkan dengan warna coklat gelap untuk kontrakan dengan warna kayu kekuningan kabinet asal..match juga dengan tiles kitchen top yang kami pilih..

Walaupun tak bape nak canggih kami dah bersyukur sgt dah..at least jimat duit..bolehlah spend untuk beli benda lain.




Sunday, December 2, 2012

Kisah membersih rumah

  Hari ni aku,husband dan part time maid bergotong royong membersih,menyapu dan mengemop rumah iaitu spesel bahagian lantai, dinding dan segala jenis tingkap. Terpaksa guna perkhidmatan part time maid memandangkan kitorang dah imagine awal2 betapa penatnya kerja2 pembersihan nih!Fikirkan aje dah penat,begitu poyo sekali..lagipun dedebu cinta dalam rumah tu bukan nipis..adelah dalam 5.6 lapis debunya..aku pulak dah lama tak mengemop lantai ni haa hehe

Maid aku sendiri iaitu siti ditugaskan jaga Iris. Sape lagi nak jaga kan..aku sebolehnya taknak susahkan orang mtk tolong jaga..begitu suci dalam debu hati aku..orang lain je kadang2 suka menyusahkan aku!bahahaha gurau je!Asalnya memang aku fikir nak kerah tenaga siti sapu dan mop lantai. Kirenya aku dan siti lah. Lagipun siti dah profesional bab ni..Husband pulak ditugaskan jaga iris* dia tu alah pada debu*..tapi akhirnya husband volunteer nak sapu dan mop sendiri. So dengan romantiknya, kami berdua mengambil keputusan sapu dan mop bersama-sama. On the way pergi kedai hardware, kami telah memikirkan kepenatan walaupun kerja belum pun start haha pastu aku call agensi part time maid. Kebetulan memang ade sorang yang free untuk hari ni. Walaupun last minit call, ada juga rezeki maid tu huhu dan rezeki kami, diringankan beban ;) 

Bermula pukul1230 tghari, aku,husband dan sukarti(nama diberi) bertungkus lumus membersihkan rumah. Sukarti siap keluar dari tingkap berdiri atas bumbung semata2 nak lap bahagian luar tingkap huhu ngeri aku. Aku n husband tak suruh pun, dia pandai2 sendiri. Hahaha 2jam berlalu aku dah rasa nak pengsan. Lepas tu kami tinggalkan sukarti dan hantar pula siti, mitak mereka berdua sambung hehe

Pukul430, perkhidmatan sukarti dah tamat. Hari pun dah nak hujan. Kami berdua pergi semula ke rumah tengok apa dah jadi..wahh sungguh licin tanpa debu yang 5 lapis tadi. Aku melompat kegembiraan. Tak sia-sia aku guna khidmat sukarti yang hanya perlu dibayar rm13/jam. Begitu juga dengan maid aku sendiri yang buat kerja agak kemas. Majikannye je yang tak berapa nak kemas wkwkwkwk acaner tuh!

Nota kaki: Semasa proses pembersihan rumah, kami sempat habiskan bacaan surah al-baqarah yang dipasang guna ipad huhu insyaallah nanti rajin2lah kami sekeluarga mengaji sendiri.


Saturday, December 1, 2012

Teaser

  

Teaser la sangat..seminggu lagi baru duduk rumah ni insyaaallah..

Thursday, November 29, 2012

Kisah laminating floor

  Selamat malam..selamat tidur..aku tak tidur lagi kerana memikirkan besok takde paper spm bolehlah aku bangun lambat..huheee petang tadi aku bertugas sebagai arkitek telah turun site nak tengok ape dah jadi dengan lantai yang org floormall tu pasang..

Arghhh ternyata aku menyesal..menyesal kerana rambang mata masa expo..masa kitorang gi kedai sebelum tu pilih corak lain, masa kat expo pilih lagi lain..kesannya, lantai dalam setiap bilik kureng cantik wuwuwu takleh buat ape dah kecuali duit jatuh patploh ribu atas riba aku, bolehlah aku suruh org floormall tu tanggalkan balik dan pasang dengan yang baru huu

Lagipun masa pilih haritu, kitorang hanya berpeluang tengok dan sentuh kayu sketul bukannya tengok katalog lantai yang telah siap dipasang ke apa..so,siapa yang berhajat nak pasang laminate floor hati2lah dalam memilih corak,pusaran dan tone warna kayu..

Nasib baiklah ruang yang lain ok lagi di mata aku..


Nota kaki: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!!


Tuesday, November 27, 2012

Overdue!

  Ni bukan soal overdue nak beranak ye..eh salam tak bagi..assalamualaikum.. ;) ni psl overdue sudah date yang kitorang bagi kat kontraktor untuk siapkan rumah..tarikh akhir adalah hari ni 28hb11..lebih kurang 5 jam yang lalu aku,husband bersama maid iaitu siti pergi ke rumah untuk sapu dan mop lantai tingkat atas..sbbnya orang laminate floor nak dtg esok untuk pasang lantai kayu kayan tuh..kitorang pilih floormall untk setelkan hal ni..husband bagi cadangan pasang laminate floor SATU RUMAH!Aku taktau sangat pasal lantai ni..tapi ble dah gi kedai aku tau lah skit2..n mcm aku je yang pilih colour muahahaha aku tak bape suka sgt colour yang terlalu nampak seperti kayu..kuning2 coklat,so aku pilih colour grey2 skit hehe harap2 oklah..kitorang pergi kedainya kat bangi..pekerjanya peramah n mesra..aku suka cmtu..customer pun jadi selesa kan..beberapa hari kemudian, diorang bagilah quotation yang gulppp membuatkan kami telan air liur laju2..so fikir punya fikir tak bagi keputusan heee n one day,diorang sms suruh datang renovation expo kat pwtc kalau nak diskaun lebey..sape taknak kan..cubelah nasib pegi expo..alhamdulillah dapatlah diskaun!lebih kurang jimat rm2k tau..so anda2 diluar sana,rajin2lah pegi expo untuk dapat harga yang lebih murah..


Nota kaki:
Sebenarnya banyak lagi benda2 kecik yang tak setel..geram jgk aku kdang2 ngn encik kontraktor yang terlalu bertenang orangnya sedangkan aku klo boleh nak msuk rumah as soon as possible..lagipun cuti sekolah skrg ni..bolehlah nak mengemas rumah siang mlm pagi petang!aww rajinnye akuuu

Saturday, November 24, 2012

Dalam suka ada duka..

Dalam suka suki nak masuk rumah baru kami ni, ada juga beberapa perkara yang tak menyenangkan hati kami..baik dari segi tempoh nak siap, tersilap percaturan masa beli tiles dan macam2lagi 2,3 bijik perkara.. Hari ni kitorang gi tgk rumah ada lagi satu perkara yang tak kena di mata iaitu cermin dinding diorang pasang tak center..aku yang tak bape cerewet ni pun boleh jadi perasan mende tu betapa kureng lawonye..aku mula naik hangin n membebel sorang2*nak membebel kat kontraktor aku tak berani ngee* husband yg tak kisah pada asalnya jadi kisah ble dengar aku membebel+merungut sorang2 cm org tak betul..lihatlah betapa kuatnya kuasa pembebelan aku..

Cermin yang aku maksudkan bukannya cermin yang skru2 kat dinding..ni cermin yang beso same ngan dinding dan perlu digam dinasour agaknya kalo nak lekat..aku pun taktau teknik dia tu..yg pasti bila kitorang pegi tgk, dah terpasang senget..klo cermin tu singgit xpe..niii haihh ko google la sendri harga dia..

Bila kitorang tanye..tak boleh diselamatkan lagi ke?ni tak center ni..jawapannya adalah tak boleh..kalau tak,cermin akan pecah..arghhh berapi hati aku..husbnd aku pnyabar skit kot..satu lagi pnyelesaian, tambah skit lagi cermin supaya nmpk center..haa ko boleh imagine x..tetibe ada cermin tambahan..membantu ke cmtu??atau lagi memburukkan keadaan..grr so on the way gi ikea, aku dh majuk dah tak tentu pasal..tah sapa nak pujuk aku...poyo btol aku ble dikenang kembali..oleh sebab takde orang nak pujuk aku, aku bg cadangan kt husbnd nak pecahkan cermin..bukan kami, tapi aku sorang..aku memang jenis berani tak tentu pasal, nasib baik tak kne siku ngan husbnd..

Husbnd aku ni jnis tak boleh stress pahtu bini plak sedih..dalam keadaan stress tu dia bgtau kontraktor, kalau tak boleh diselamatkan lagi, pecahkan je cermin tu n cat semula dinding..pastu kitorang masing2 termenung+sedih memikirkan terpksa juga bayar harga cermin wpun tak dapat hasilnya nanti..dah separuh jalan ke ikea, husbnd tetibe bagi cadangan jom kite gi alamanda je la..makan wafer kt foodcourt..aku pun setuju..lagipun masing2 sudah hilang mood nak menyoping barang2 rumah..ething goes wrong darling..lets eat together gether..

So smpai alamanda..aku rasa kesian kat Iris, kasut dah tak muat..kasut saiz 4 T&T beli masa raya hari tu nampknya dah boleh dijual second hand..takpun simpan untuk adik iris nanti hehe



pastu kitorg bercadang nk blikan sandal plak untuk dia kali ni..lagipun boleh laras..seswai lah untuk kaki iris yang beso itu..dengan lebih harapan lame boleh guna..iris excited jalan pakai sandal baru,beberapa kali terjatuh tapi dia sengih2 dan jalan lagi..very the strong girl anak mama nih..kali ni dah pakai saiz 5..budak baru nak pandai jalan, apa salahnya melebur duit beli kasut selesa skit mak-mak oi..


Nota kaki: encik kontraktor dah cabut cermin..tah cmne dia cungkil..berita baik,cermin masih boleh diselamatkan tapi ade part yang pecah dan dia mencadangkan cermin itu direpair kemudian ditampal semula tapi dgn saiz yang lebih kecil..kita tengoklah nnti ye..hmm ok lah tu masih ada rezeki kami..



I blog with BE Write

Thursday, November 22, 2012

Konsep open kitchen

Sebenarnya aku taktau menahu pun konsep2 kitchen ni ngee tapi setelah aku bt research skit aku rasa rumah aku ni kategori open kitchen..secara tak sengaja sebenarnya..asalnya ada dinding yang memisahkan dapur dan living hall tp kitorang rasa betapa sempit living hall tersebut dan bersetuju nk buang dinding..sayangnya gambar dinding tu sume ada dalam phone husbnd aku. Lain kali aku share. Setelah buang dinding, kami mendapati impaknya, aku tengah masak pun silap hari bulan posmen dah boleh nampak dari luar gahaha gara2 nak besarkan ruang tamu la..macam beso sangat sofa aku nak beli..rasanya lmbt lg aku nak beli sofa..dining table je aku dah beli..siap pakai duit sendiri..khelas gittew mak jemah..sbbnye aku mls nk bergaduh ngan husbnd..tau je la taste kan xbape nak sama..so aku gi bli snyap2 kbetulan kluar ngan kawan 1 sekolah hee..dah beli baru aku bgtau hehe solehah btol aku ni ye..so husbnd takleh komen ape dah..my money la bang;D

Berbalik kepada konsep open kitchen ni..aku ni bukannya chef selebriti bila masak nak tayang kat sume orang..even klo tetamu datang aku nak bt air tea, macam segan la pulok bila org nmpak aku ltk bape sudu gula..jadi untuk menyelesaikan masalah ni aku bagi cadangan buat kitchen bar..so husbnd stuju..


Walaupun aku rasa agak tinggi melangguk la pulok kitchen bar ni tak seperti yang aku bayangkan iaitu rendah skit satu kaki muehehe tp oklah at least tetamu nampak kepala aku je kan, tak nampak aku duk kacau tea ais..

Semuanya tak berakhir begitu sahaja bila aku rasa masih open..aku kan pemalu, takleh lah open2 sgt..untuk menutup lagi aurat dapur aku nih, aku cadangkan pula kat husband buat partition yang paling murah..haha kne mention paling murah, klo tak big bos tak approve..eh ko tak rase ke aku ni dah mcm interior designer takpun up skit,arkitek trus gahaha setelah aku bagi reason2 yang munasabah, husband stuju lagi.


Nah hambik ko kayu kayan ni sebagai partition..juga tak seperti yang aku bayangkan hahaha aku bukan tak bersyukur tapi aku bayangkan kayu tu tebal2..sekali tengok tak bape nak tebal..kayu ni disusun melintang..oklah tu..at least tersembunyi skit2 dapur aku kan..

Moral of the open kitchen story, kitchen aku hendaklah sentiasa kemas dan berkilat, pinggan hendaklah selalu dibasuh, barang-barang hendaklah cantik dan mahal. Ops kebanyakan barang aku pakai yang hadiah kahwin je..langkah berjimat cermat. Ikotkan verangan tak sudah aku, nak aje sume barang dapur adalah cap tefal+corelle+corningware+pyrex+vision hahaha gedebish atas muke aku sbijik..

I blog with BE Write

Wednesday, November 21, 2012

Haih suspen btol..

Baru je en yusri kontraktor kitorg dtg umh amik katalog surface untuk pasang kat tv. Tu pun 5 hari dia bg masa nak pilih. Yang ni aku blur pilihan banyak sgt!huu macam ni lah ala2 surface tu atau ape name sbnr aku pun taktau.

Ni showhouse kt hillpark kajang..asalnya kitorang berkenan rumah kt sini..tp bangi menjadi tetap menjadi pilihan husband. Ikot je la dah dia yg bayo! 

Yang suspennye bukan pasal ni..aku tanyelah en yusri,camne dah rumah. Banyak dah siap?katanya dah nak pasang kabinet dapur..ni yang aku risau..aku takut dapur aku yang tantek itu bertukar menjadi tak taktek setelah pasang kabinet. Ops taktek ke??Almaklumlah kitorang pakai yang lama je..owner lama punya huhu gara2 husband+en yusri duk berdebat ngan aku xyah beli baru, masih elok!! Yang ni aku kalah...uwaaa aku pasrah!lagipun bajet ciput aritu menyebabkan kitorg cut cost..yang mana ok lg,tak perlu tukar..wuwuwu

Nota kaki:
Sama juga macam pintu bilik air dan pintu setiap bilik, ikotkan napsu nak aje aku tukar..tapi apakan daya, seketul pintu dah rm400..jadi pintu lama dikekalkan..pintu utama dan pintu belakang je tukar.

I blog with BE Write

Monday, November 19, 2012

90% siap..

Rumah kitorang dijangka siap dalam masa 7hari lagi..

Gambar yang dipetik dr iphone aku..kemudian aku petik lagi ke ipad..malas thp cipan aku ni nk transfer2 segala


Kini tibalah pula sesi menghabiskan duit beli peralatan elektrik dan perabot pula huhuhu pengsan seketika memikirkan duit..bukan mudah urusan masuk rumah sendiri ni weh!selain berdepan dengan krisis ekonomi, kitorang jgk berdepan dgn konflik dalaman dan cerekarama..aku ngan husband bkn 100% mempunyai taste yg sama...aku nak colour ni,dia nak colour tu..aku nak kiri,dia nak kanan..aku nak depan,dia nak belakang..tapi kbanyakannya si isterilah yang menang..konon2 byk pengalaman padahal aku xtau ape psl decor2 rumah sblm ni..zero okeh.umah mak aku kat kmpung pun lgsung aku tak kisah dr segi deko..tapi pengajaran yang aku dapat dr house renovation ni,ko ade duit,apapun boleyy jadi..ckp je kat kontraktor ko nak cmne2..hmmm tapi kitorg dgn bajet yg ciput huhu nyesal aku boros zmn dulu n xmenabung ;D 


Banyak aku nak crite sebenarnya..kang sampai lusa x abis..psl langsir mahal tahap gaban aku blom crite lagi..tp aku xreti+malas nk crite huuu sekian dahulu buhbye..


I blog with BE Write

Saturday, October 13, 2012

Rumah dah mula dicat..

Setiap hari sabtu biasalah mesti kitorang suami isteri pergi melawat rumah kitorang yg sedang direnovate..cikidout gambar2 dibawah
Ni bilik iris..pink putih gitu!

Bilik color purple kebiruan ni bilik bakal anak lelaki kitorg ehee agak gelap skit,lampu blom setel

Ni master bedroom..color oren2 gitu..mama's fav color hahaha

Dome kt ruang makan..

Kitchen bar la sgt

Adeh diorg terpasang mentol warna warni..tp not bad lah..pelik je skit..hubby suh tukarkan semula

Nota kaki:Langsir dah ditempah..kitorang mmg plan nk setelkan bende yang basic n penting dulu..perabot kemudian pun xpe..

I blog with BE Write

Thursday, October 11, 2012

Kitchen bar



Haa nak sgt kitchen bar, hambik ko..aku la yg beria sgt nk ltk kitchen bar ni..pastu minggu lps dh siap pasang aku mcm terkezut gitu..apsal tinggi sgt ek bang uhuhu laki aku plk yg ckp..eh ok la tu..nt kte bli bar chairs! Pasrah je la..dh siap psg kan..

Pastu satu lagi laundry space..yg btol2 muat besin basuh je kot..dryer cmne klo aku nk bli satu hari nnti..tetttt yang pasti kitorg kne kreatif nk gunakan ruang yang ciput ni..ade idea wahai pembace sekelian?


I blog with BE Write

Sunday, September 30, 2012

House renovation

Ni lah rumah kitorg yg tak seberapa..tp tetap bersyukur..alhamdulillah..
yang ni kitorg suami isteri sepakat nk buang sliding door
 
pandangan dari living room
 
2 bathroom tiles cmni..
 
Ni bathroom kt master bedroom. color simple down to earth cmni mmglah pilihan suami
 
ni family hall kat bahagian atas
 
en ikhwan berdiri dkt tangga
 
ni lah dapur yang akan aku msk macam2..tiles pun aku pilih hee
 
plaster ceiling jenis cmni aku yg pilih hehe

Tuesday, July 31, 2012

Memiliki rumah sendiri

Alhamdulillah..14 julai aritu my husband dh dpt kunci rumah setelah dua bulan lebih proses menukar nama..kitorang bercadang nk renovate dulu skit2 barulah pindah masuk ke situ. Ye lah taste tak sama dgn owner sblm ni..baik dari segi warna, jenis lantai, tandas dan macam2 lagi la kitorang berniat nak tukar baru ehehe encik kontraktor pun dah bagi quotation..gullpp..duit lagi...untuk renovate rumah kena sediakan berpuluh ribu lagi..setelah habis berpuluh ribu jgk sebelum ni untuk bayar 10% dr harga rumah dan byr lawyer..uhuu takpelah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian insyaallah..

Nota kaki:
Harap2 tahun depan dptlah beli satu lagi rumah..


I blog with BE Write