Thursday, November 29, 2012

Kisah laminating floor

  Selamat malam..selamat tidur..aku tak tidur lagi kerana memikirkan besok takde paper spm bolehlah aku bangun lambat..huheee petang tadi aku bertugas sebagai arkitek telah turun site nak tengok ape dah jadi dengan lantai yang org floormall tu pasang..

Arghhh ternyata aku menyesal..menyesal kerana rambang mata masa expo..masa kitorang gi kedai sebelum tu pilih corak lain, masa kat expo pilih lagi lain..kesannya, lantai dalam setiap bilik kureng cantik wuwuwu takleh buat ape dah kecuali duit jatuh patploh ribu atas riba aku, bolehlah aku suruh org floormall tu tanggalkan balik dan pasang dengan yang baru huu

Lagipun masa pilih haritu, kitorang hanya berpeluang tengok dan sentuh kayu sketul bukannya tengok katalog lantai yang telah siap dipasang ke apa..so,siapa yang berhajat nak pasang laminate floor hati2lah dalam memilih corak,pusaran dan tone warna kayu..

Nasib baiklah ruang yang lain ok lagi di mata aku..


Nota kaki: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!!


1 comment:

  1. Slm scha... memang betul tu..memang kena go through betul2 dlm pemilihan wood floor ni..kena tgok pic2 yg dah buat etc..takpe..tak silap kayu tu kita boleh tanggal n pasang balik kat tmpat lain..ie bilik2 umah parent ke.. kalau ada rrzeki la.. btw..salam perkenalan

    ReplyDelete