Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 24, 2013

Ujian itu hadiah dari Allah



Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari  berwarna-warni  yang di jalani dan ditelusuri, tanpa  disedari atau tidak, manusia sebenarnya  telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)

ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH  mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu  ALLAH memberikan  ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah  ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.

P/s: copy n paste saje dari http://quranicgen.com/ruhiyah/ujian-itu-hadiah-dari-allah/


Tuesday, November 19, 2013

Happy 2nd Birthday Iris Najla Aryssa

Weekend baru ni kitorang celebrate birthday Iris kecil-kecilan. Dah 2 tahun anak mama. Alhamdulillah..

Kek yang ditempah dengan k.anna (http://bake-freshly.blogspot.com/) Semua orang puji rainbow cake k.anna ni sedap. Blueberry cheeese tart pun sedap semacam!

Kat belakang tu tiramisu



Tiramisu yg disponsor oleh aunty munie. Tq aunty munie!!Sedap




Antara menu makan petang: sate,roti jala, spegeti, kambing bakar,sosej n fries. Yang paling laris kambing bakar.




Iris malu2 bila ramai2 nyanyikan happy birthday
Doorgift

Papa Iris




Pukul 10 malam baru sempat bergambar bertiga. Tetamu mula datang pukul4 smpai lah pukul10 mlm. Papa dah penat. Iris dah comot+ngantuk. Belon pun dah tinggal 2 ketul.

Tuesday, September 17, 2013

Rindu papa

Dah setahun lebih tak berjauhan dengan papa..akhirnya papa kena attend course kat dubai huhu sekarang mama dan iris duk rindu papa..cepatlah masa berlalu..tak sabar nak tunggu papa balik..we miss you papa!!

Iris anak solehah..selalu doakan kesejahteraan papa walau di mana papa berada..

Friday, August 23, 2013

Update pasal rumah: yang terindah hanya sementara

  Dah lama tak bercerita pasal rumah. Kali ni nak cerita pasal pokok yang telah ditinggalkan hampir 2 minggu sempena bercuti raya. Sedih...sedih..sedih..bace tajuk je la korg dh rasa betapa sebak kan...wuwuwuwu

Ni pokok kesayangan suami,sebab dia yang pilih..sebelum bercuti lebih kurang cmni lah..greennnn


Now you see what happen to the pokoks after 2 weeks suffer without water...they turn yellowish!! :( 



Kami redha...tgk je tiap2 hari daun gugur satu persatu..memang tak dapat diselamatkan lagi..tunggu bila free2 barulah pegi plant nursery ganti pokoks baru..aku igtkan senang jaga pokok..ghupenyeee!haihh tu belum pokok berbunga2 lagi..baru tanam pokok berdaun2..

Sunday, August 18, 2013

Salam lebaran..

Rasanya belum terlambat lagi untuk ucap selamat hari raya kepada yg sudi baca blog kurang menarik ini ngehngeh rya kali ni di kampung isteri,kemaman, terengganu terlebih dahulu..raya kedua barulah balik ke klate

Tema hijau bg raye 2013

Hayatilah gambar2 kekeluargaan yg penuh dgn kegemukan di hari raya hewhewhew



P/s: Tahun depan insyaaAllah beraye berempat la pulok.. ;')







Tuesday, May 28, 2013

Bulan Mei yang selalu bermakna

 1) Birthday aku pada bulan ni..kali ni yang ke-28 macam dah tua rasanya huu 

Carrot cake my favourite..suami belikan masa dia balik kerja..kire surprise la ni hehe balik kerja terlompat2 keriangan suruh aku potong kek

Yang paling tak disangka2, student aku pun bt surprise beli kek n bawa mknn ke sekolah..pandai diorang plan haha smpai termenangis aku..btol..aku xpernah nak celebrate birthday..kalau celebrate pun ngan husband beli kek seketul macam kat atas ni..tetibe pelajar2 tu buat surprise..wpun aku mngajar tahpape..ingat jgk diorang birthday aku hukhuk sgtlah terharu..terima kasih student2 cikgu sume..love u all..



2) Birthday suami juga pada bulan ni..same umur ngn aku..28 tahun..tapi aku nampak lg muda kann huhee tetibe

Aku beberapa kali berniat nak beli ice cream cake BR tapi tak tercapai lg hasrat..haha kesian suami..aku banje dia makan je kt red wok..cake tu kirenye masih jadi hutang ;D


3) Hari guru

Tahun ni sekali lagi aku dapat anugerah guru paling bergaya sesi petang padahal aku rasa tak bergaya mana pun tahun ni..baju2 cantik pun dah banyak tak boleh pkai gara2 lemak tepus bertambah..tapi entah,mungkin pelajar2 suka hati dia je nak undi..tapi tetap menghiburkan hati aku ;)


4) Cuti sekolah

Ni paling best!!walaupun husband bukan cikgu n xdapat bercuti bersama-sama, tapi aku tetap happy bila dapat luangkan lebih banyak masa dengan iris..weekend je la boleh berjalan2 sekeluarga..


Yang ni pergi bukit tinggi..pokcik belakang mcm xpuas hati ngan aku je hahaha










Tuesday, April 30, 2013

Iris Najla dah 18 bulan!

  Alhamdulillah..iris membesar dengan sihat dan kuat..lebih banyak perkataan yang boleh disebut..kenal animal sikit2..boleh smbung lagu ABC..lagu alif baa taa masih dlm proses..n pndai menari haha serba sedikit gambar latest iris najla aryssa..








Buli papa!!haha