Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Cobaan. Show all posts
Showing posts with label Cobaan. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Ya Allah, sembuhkanlah kakakku

  Entri sedih kali ni...first time berlaku,antara adik beradik aku yang terpaksa masuk wad kerana sakit(selain bersalin)huhu agak teruklah kan kalau masuk wad..kakak kesayangan aku, maria disuspek batu karang dan sekarang berada di KMC untuk pemeriksaan lanjut dan pemantauan. Aku dengar berita ni daripada mak n terus rasa nak nangis..walaupun batu karang tergolong dalam penyakit tak kritikal sangat, tapi aku rasa itu dah cukup membuatkan hati aku luluh dan air mataku mengalir ;'( dialah kakak yang selalu bergaduh ngan aku masa kecik, tarik2 rambut, aku pernah lompat atas perut dia dulu, nasib baik tak pape huhu tapi dah besar, dialah yang banyak memberi nasihat dan sokongan dalam banyak perkara. Tak sanggup rasanya aku nak lihat dia sakit dan terbaring di wad. Semoga kakak cepat sembuh..amin..

Kakak aku sekeluarga..anak2nya comel semacam!

Nota kaki: Aku yakin k.mar akan cepat sembuh. Kakak aku yang ni kuat orangnya. Jarang sangat tengok dia nangis..tak mudah berkecil hati, sangat steady n happy go lucky! Semoga k.mar kuat melawan sakitnya itu..we love you..

Monday, March 19, 2012

Hari ini dalam sejarah

Wuwuwu sungguh sedih hari ni..pagi2 lagi mama iris dah nangis gara-gara IRIS NAJLA TERJUN KATIL!! uwaa T_T tak sanggup rasanya tengok iris jatuh terpeleot kat atas lantai. tak sampai sepuluh saat saya pergi ambil baju iris kat dalam drawer..tiba-tiba bunyi bedebot*ala2 cempedak jatuh* saya berlari dan berdoa bukan iris yang jatuh..tapi ternyata iris benar-benar jatuh..iris takde kat atas katil!!luruh rasanya jantung saya..huhh saya kuatkan semangat dan angkat iris..sama-samalah kitorang dua beranak nangis..betapa carelessnye mama*dang dang dang!!*mama dah letak iris kat tengah-tengah katil dan buat kubu kat tepi..camne iris guling-guling dan jatuh ni sayang???

Lepas tu saya call husband..ape lagi membebellah beliau sebakul..husband sy balik kerja awal skit dan saya amik cuti untuk pantau perubahan iris*kalau ade perubahan*. then kitorang pergi klinik untuk check..alhamdulillah..setelah dicheck2*cek mata, tulang dan benjolan* doc cakap iris tak pape setakat tadi la..namun saya kena monitor iris dari masa ke semasa. Beberapa perkara yang perlu diperhatikan apabila bayi jatuh dan mesti bergegas ke hospital:

1) Muntah.
2) Demam secara tiba-tiba
3) Nangis tanpa henti
4) Perubahan sikap (pasif,lesu,pucat,tak bermaya, takmau minum susu)
5) Keluar darah ikut telinga

Nota kaki:
Harap-harap tuhan sentiasa lindungi iris...bak kata bibik tadi.."nggak perlu risau buk..insyaallah dia tak apa-apa..malaikat sambut anak-anak kecil bila mana mereka jatuh.." lega pulak rs bila bibik cakap camtu masa tengah sedih tadi...dan yang penting diri sendiri jangan careless lagi...hsband saya cakap saya 'bolahh' huu

Thursday, March 1, 2012

Salah satu kesan anak dijaga bibik

malam sunyi ditemani bunyi ork..erk...ork..erk buai iris..saya terpanggil utk mencoretkan sesuatu mengenai perkembangan cahaya mata saya ni*eh apsal tetibe ayat sasterawarna nih muehehe* biasanya iris tido sendiri je dlm plypen dia tuh..mlm ni mcm susah skit mau tdo..jadi sy sumbat dia dlm buai hee tido pun dia..

back to topic di atas..salah satu perkara yang memang saya bimbangkan berlaku,betul-betul mcm dah berlaku..atau cume perasaan sy??hampir sebulan iris tak dibawa keluar dari rumah..bibik je duk jaga di samping cousin2nya jgk..ibu saudaranya..dan mamanya..tu la muke tiap2 hari dia tengok..muke papa plak, iris selalu tgk kot iphone..selalu sy tunjuk video papa duk bercakap2 ngan dia..

kenapa sampai sebulan iris terkurung umpama duk dalam gua?sebabnya papa pergi offshore hukhuk mama tak terfikir langsung nak bw iris kluar tanpa papa di sisi..jadi nak pergi mana2 mama tinggalkan iris ngan bibik..tak pergi mana pun,pergi kerja je..alamanda pun tak pergi =( mama sendri pun dah mcm duk dalam gua huu iris cayang, mama cedih ney ;'( *nanges sambil pluk tiang buai*

Sape tak sedih kalau anak mcm takut kat org lain2 selain yg dia tgk hari2??ceritanya bermula apabila my husband blik dr offshore dan kitorg pergi ke satu mjlis hari jadi anak kawan hsband kat putrajaya..iris pada mulanya ok2 je..sampai majlis tu, sorang kawan my hsband dukung iris..dengan matanya membulat dia trus menngis ketakutan..bukan menangis biasa..suaranya lantang*anak cekgu la katekan* sekali sekala 'selok' adoi..kesian sgt..sampai berpeluh2..so mama tak sempat makan ngan kenyang kitorang terpaksa balik...sedapnye roti jala aritu..huu

Otw balik, iris tertidur dalam kereta. jadi kitorang yang gediks ini pergi singgah alamanda..ingat nak shopping baju mama n iris..dua2 dah membesar dengan jayanya huu iris takpelah membesar, ni mamanye over jgk..nak beso same2..sabau je lah!lemaks tepu, syuh2 pergi main jauh2..masa mula sampai alamanda,iris tido dalam stroller...kitorang solat zohor dulu..lepas tu ke starbucks utk hilangkan dahaga.tak lame kemudian, iris terjaga dari tidur..apa lagi..korang teka lah..

nangis ler...pujuk pun dapat coolkan dia sekejap je..pastu nangis lagi..matanya liar memandang sekeliling dan terus menangis..kitorang apa lagi..cabutlah..niat nak shopping dilupakan begitu shaja..sebagai denda hubby terpakse mambawa mama n iris soping kuasa dua next time..eh kenapa pulak hubby kne denda?sebab dia pergi offshore huu boleh gitu?kesian papa asik disalahkan oleh mama je..
u la ni punye psl, iris jd nngis2, u pergi offshore lame..
u la ni
u la ni
u la ni
*haih tak lame aku kne siku jgk sjibik ngan hubby nih hee*

dear hubby,ai tak slhkan u hubby..meh salam2..i mtk maaf..i kalut lalu i salahkan sape2 yang berada berdekatan =( u la plg dekat ngn i waktu tu..tp i tau bkn slh u..we must do something dear..aja2 fighting!

Atas apa yang telah terjadi..saya bertekad akan bwk iris keluar melihat dunia luar sekerapmampu*?* yang mungkin...apa susah..stroller ade..car seat ade..baby carrier ade..kereta ada..haa ape lagi haku hade nih..buai ade..klo boleh nak angkut buai trus gi pasaraya..

sekian dahulu laporan seorang mama emosi yang bimbangkan perkembangan sosial bayinya yang berusia 4bulan. Akhirulkalam, perkembangan intelek/mental, fizikal/jasmani, rohani, emosi dan sosial seseorang bayi perlulah dipantau dari masa ke semasa oleh setiap ibu bapa.

Tuesday, October 11, 2011

Pengetua sengal part II

Semalam saya cakap nak sambung cerita..hubby kata tak perlu nak panjang-panjangkan cerita..yang lepas biarkan berlalu..nanti syg jugek yang sedih huhu dia risau akan memberi kesan kepada anaknya yang dalam kandungan ini hehe Tapi arini saya dah rasa ok sikit compare to hari-hari sebelum ni*nak pegi sekolah pun takde mood okei!*Apetah lagi nak bertembung dengan si pengetua..kenot see ur face la!!bukannya muka dia buruk pun tapi saya rasa dia patut telan mekap biar dia ada kecantikan dalaman. Ni keje nak marah orang je..bukannya saya buat masalah pun.*bukan guru bermasalah*awak tu *pengetua bermasalah*cewah..blog saya,suka hati i la nak buat statement apa pun..ngee

Kalau mengenang kembali camne dia marah dan membebel..ishh macam tahap saya ni nak rampas laki dia..tak pun nak liwat dia*marah btol dia ni*nak je saya cakap..stop it!!saya cuma nak apply cuti..bukan nak liwat puan pun!!*sengal*tapi rasa hormat ada lagi..takdenya saya nak lawan depan-depan*kat belakang berani pula aku ngumpat ye*hehe nama pun pengeTUA..kena hormat yang tua, tapi dia ada nak sayang yang muda?Ada gosip pula cakap pengetua ni kurang gemar sikit dengan cikgu yang cun2..bergaya2..eii jeles la tu!So maknanya saya ni dalam golongan cun jugak la kan muahaha yela nak marah2 tak tentu pasal..menopause kot

Alasan saya mahu bercuti awal:
  • Suami kerja di Kuala Lumpur, keluarga pula di Terengganu.
  • Tinggal bersama kawan2 bujang yang tiada pengalaman mengendalikan orang yang nak bersalin, and confirm lah diorang takde pengalaman bersalin.
  • Doktor pula cakap saya mungkin bersalin awal dari EDD memandangkan bila scan baby saya lebih beso 2@3 weeks dari sepatutnya.Contoh; pergi scan masa 30weeks tapi baby 32weeks.
  • Sekiranya bersalin di JB, mestilah saya kena stay at least 2,3 hari sebelum balik kampung( Tu pun kalau mommynbaby takde masalah) Mak saya jugak yang kena datang JB kot..Tak ke menyusahkan mereka yang sudah tua. Pastu rumah sendiri takde (Duk umah bujang). Takkan nak duk hotel huhu entahlah takleh fikir =( bercelaru otakku ini. tapi hotel is better than umah bujang sekarang..umah bujang tu tak sesuai untuk bayi baru lahir. berterabor Ya Allah paham2 je la..heee
Alasan pengetua yang takbolehblah;
  • Waktu awak mohon cuti jatuh pada musim peperiksaan akhir tahun. Nanti siapa nak tanda kertas student awak?awak akan membebankan guru-guru lain. Dahla awak ni dibayar gaji penuh, lepas tu awak nak lepaskan tanggungjawab awak kepada guru-guru lain yang tak berapa ikhlas nak tolong tu!dan sempat lagi dia bangga diri *kalau saya takpelah ada bestfriend, zaman saya pantang dulu, dia yang nak tolong tanda* cis ada jugak orang nak jadi bestfriend dia ni.
  • Awak ni kalut sangat la..biasanya anak sulung akan overdue. Takpe awak duk mana?*BBU*ala dekat je tu..nanti nak bersalin awak call saya, saya boleh hantar ke HSA.*jauh di sudut hati,daripada kol nggkoo baik aku nek ambulance la!*pengetua ni cakap ikut sedap mulut dia sebabnya dia sendiri pun tak drive pergi balik sekolah, ada hati nak bawa aku pulak!*
  • Saya tak kira, saya tetap takkan sign borang permohonan awak. Awak mesti datang sekolah macam biasa. minta suami awak cuti jaga awak kat sini!*nada tengking*
Sebab tu la saya menegaskan kat sini bahawa puan musnah ni,ops maznah agak menopause dan situasinya seperti saya mau meliwat dia.thats all tenkiu the end.

Luahan rasa: Dah masuk 8bulan lebih saya mengandung..saya terpaksa pergi check up sorang diri..sakit lenguh saya takde sape yang peduli..sakit pinggang malam2..pening kepala..nangis sorang2..nak makan apa2 kena cari sendiri..bengkak kaki pun kena drive sendiri pergi balik sekolah..sape nak layan..sobsob*kesat air mate* Weekend je la hubby datang barulah proses urut mengurut berlaku. Kadang-kadang rasa juga macam supermak..yeaahaa. Baby..u must be strong like ur mommy okei..

Saya tak minta lebih..saya hanya minta 2 minggu untuk rehat bersama suami+keluarga dan menunggu saat-saat melahirkan..cukuplah selama ini saya mengharungi jerih perih seorang diri huhu kenapa puan begitu sukar mengerti?*macam touching la pula kan* hee

P/S: entry ini bukanlah untuk mengumpat tetapi untuk dijadikan iktibar. Apabila kita berada di atas, janganlah lupa asal usul kita. Dah jadi bos, tak perlulah zalim tak bertempat. Pls talk nicely.Hmm bilalah saya nak jadi bos agaknya ye..saya nak jadi bos yang tegas tapi baik dan berperikemanusiaan.*cita-cita melangit tinggi* kalau boleh saya nak jadi menteri pendidikan dan pecat pengetua sekarang juga. Jadi undilah saya!

Monday, October 10, 2011

Pengetua sengal

Masih dalam mood geram nak tumbuk2 pengetua buat belacan,boleh cenggitu?mungkin emosi perempuan mengandung ni tak stabil sekaligus membuatkan saya tak dapat nak fikir positif bila dia tak luluskan cuti awal bersalin yang saya mohon..huhh cerita akan disambung kemudian sebab saya taip pakai iphone je..sakit mate den!

Sunday, October 9, 2011

Hubby pegi offshore

Rindunye my hubby..nasib baik boleh juga chatting malam2..so weekend kali ni duk melepak je kt rumah..takde mood nak keluar..nak dating ngan my hubby jugak huhu paling best kalau nak makan pape cakap je..selagi termampu insyaallah akan ditunaikan katanya hehe suke!lagipun sekarang ni nak jalan lama2 pun penat..ada sesetengah orang tak faham..lagi susahkan pompuan mengandung adelah!ngan hubby boleh jugak pegang2 tangan dan menyandar pada bahunya yang tough itu bila penat muahaha tough ke gebus?and dah lenguh jalan mesti hubby tolong urut hee

Tuesday, August 16, 2011

Hari ni saya sedih T_T

Pagi2 lagi hubby dah call.."syg..abg ade bad news nk bgtau" huhu trus satu hari saya jadi bad mud..abis lah student kena marah bila bcakap skit masa test tadi..sekarang musim ujian..nasib baik tak penat sangat..huuhh cepat penat btol sekarang..naik tangga tingkat 4..turun then naik lagi..gini lah kerja cikgu..bila la nak ada lift kat sekolah ni..hee

Hubby bgtau project dia delay..start jumaat ni dan mungkin berakhir 28hb8 huhu 29hb baru dapat turun rig n pegi miri n baru la boleh balik..tak seperti yang kami rancang..ingat nak balik raya sama2 uwwaaa*nanges* nasib baik lah sempat jugak bbuka puasa sama-sama weekend yg lepas..sempat shopping baju raya n kasut raya sekali*baru boleh senyum ;)* thanks hubby..sejak pregnant ni, banyak perkara hubby tunaikan aje selagi termampu katanya*hepi sampai terlompat2..toing2*

Jenguk balik la ape barang-barang yang telah dishoppingkan..baju raya kali ni hubby yang pilih..saya berkenan dress ala2 arab banyak manik..tapi hubby tak berkenan huhu so ikutlah cakap suami..yang paling penting mata dia nampak isterinye cantik..komen n mata orang lain buatpe nak layan!

orange n biru

songkok dan ketayap hubby

kasut paling selesa sempena preggy..hubby blanje yeayy
Rasanya dua pasang baju raya tak cukup memandangkan raya sebulan ;p tengah2 takde mud+sedih ni best la shopping..heehee

Friday, December 10, 2010

Ya Allah jgnla turunkan hujan pada 18 disember 2010 =)

Assalamulaikum..tinggal lagi 6hari!!!

Haih ari ni ujan lg...majlis kurang meriah la kalau ujan..jalan pun becok kt kmpung saya ni haa...dulu saya penah gi kenduri orang lain pada bulan 12 n time makan2 tu hujan, rasanya nasi pn dah masuk air..dalam hati kecil bertanya.."napelah buat kenduri bulan12 kan memang dah tau musim hujan"..huhu skrg kena kat diri sendiri..ngeh3 aku sendiri yang kwin bulan 12..terpaksa pilih bulan12..dh gatai sgt kot xsempat tunggu tahun depan huahua..

Ada sesetengah orang cakap..klo kwin hujan maknanya pengantin suke hirup sup/makanan berkuah guna pinggan xguna sudu..kitorang xcamtu kot...n satu lagi orang cakap pengantin suke hirup budu huhu aku memangla suke budu tp xdela sampai hirup hehe

Sebelum cuti sekolah ni pun ada beberapa orang kawan yang main2 suh saya lempar pakaian dalam terpakai atas atap rumah sari sebelum majlis haha ni lagi karut..kepercayaan mane tah..dahla kt kawasan rumah saya ni banyak monyet..silap haribulan tengok monyet yang pakai ;p



hujan
~Hujan oh hujan kenapa engkau turun~

Wednesday, November 24, 2010

Kakakku suke membebel


Kakak saya sorg ni suke bebeno membebel..sejak akhir-akhir ni, dia duk bebel pasal hntaran yang saya nak buat pakai bunga plastik semata-mata. katanya dah out of date..kekampungan la..old fashion la segala n suruh pkai fresh flowers huhu pok pek pok pek dari dlu..~nak buat cmno dah den ni mmg org kampung~

Saya bukannya taknak pkai fresh flower..takut kalut di kemudian hari..yela guna fresh flower bukan boleh buat awal2..taktau nak harapkan sape nak deko nanti...kakak2 macam busy ngan anak masing2..huh..lgpun dah beli bunga plastik tu abis rm100 ;p duet pun dah tak banyak..lainlah kalau pembebel bersiri nak tlg sponsor haihh~ tp dia dah banyak sponsor pun..sejak majlis tunang dulu..tq

Banyak lagi perkara penting nak kena pk..kursus induksi banyak lagi xstudy..babai time to bace buku!

Friday, October 29, 2010

2 hari sblm nikah!!

Saya dah tau ape aktiviti saya 2 hari sebelum nikah..n bnde ni kompom iaitu saya bakal menduduki test bg kursus induksi huhu nk kawin lg..nk stdy lg..nk pakai inai lg..alamak!!cmne...kursus selama 3hari 2mlm ini akan diadakan di hotel seri mlaysia,jb..kisah benar ini bru berlaku semalam setelah sy menghadiri taklimat induksi..sape2 yg kje gomen tu tau la betapa pentingnye kursus induksi ni bagi pengesahan jawatan..

So memang kena pegi la..my tunang ckp..okla tu x kena pada tarikh kita kwin..btol jgk ek hehe..chaiyok2 untuk diri sendri..byknye slide nk kne study~~nmpknye sy bakal jd pngntin yg pnoh ilmu di dada huhuhu