Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 22, 2012

Konsep open kitchen

Sebenarnya aku taktau menahu pun konsep2 kitchen ni ngee tapi setelah aku bt research skit aku rasa rumah aku ni kategori open kitchen..secara tak sengaja sebenarnya..asalnya ada dinding yang memisahkan dapur dan living hall tp kitorang rasa betapa sempit living hall tersebut dan bersetuju nk buang dinding..sayangnya gambar dinding tu sume ada dalam phone husbnd aku. Lain kali aku share. Setelah buang dinding, kami mendapati impaknya, aku tengah masak pun silap hari bulan posmen dah boleh nampak dari luar gahaha gara2 nak besarkan ruang tamu la..macam beso sangat sofa aku nak beli..rasanya lmbt lg aku nak beli sofa..dining table je aku dah beli..siap pakai duit sendiri..khelas gittew mak jemah..sbbnye aku mls nk bergaduh ngan husbnd..tau je la taste kan xbape nak sama..so aku gi bli snyap2 kbetulan kluar ngan kawan 1 sekolah hee..dah beli baru aku bgtau hehe solehah btol aku ni ye..so husbnd takleh komen ape dah..my money la bang;D

Berbalik kepada konsep open kitchen ni..aku ni bukannya chef selebriti bila masak nak tayang kat sume orang..even klo tetamu datang aku nak bt air tea, macam segan la pulok bila org nmpak aku ltk bape sudu gula..jadi untuk menyelesaikan masalah ni aku bagi cadangan buat kitchen bar..so husbnd stuju..


Walaupun aku rasa agak tinggi melangguk la pulok kitchen bar ni tak seperti yang aku bayangkan iaitu rendah skit satu kaki muehehe tp oklah at least tetamu nampak kepala aku je kan, tak nampak aku duk kacau tea ais..

Semuanya tak berakhir begitu sahaja bila aku rasa masih open..aku kan pemalu, takleh lah open2 sgt..untuk menutup lagi aurat dapur aku nih, aku cadangkan pula kat husband buat partition yang paling murah..haha kne mention paling murah, klo tak big bos tak approve..eh ko tak rase ke aku ni dah mcm interior designer takpun up skit,arkitek trus gahaha setelah aku bagi reason2 yang munasabah, husband stuju lagi.


Nah hambik ko kayu kayan ni sebagai partition..juga tak seperti yang aku bayangkan hahaha aku bukan tak bersyukur tapi aku bayangkan kayu tu tebal2..sekali tengok tak bape nak tebal..kayu ni disusun melintang..oklah tu..at least tersembunyi skit2 dapur aku kan..

Moral of the open kitchen story, kitchen aku hendaklah sentiasa kemas dan berkilat, pinggan hendaklah selalu dibasuh, barang-barang hendaklah cantik dan mahal. Ops kebanyakan barang aku pakai yang hadiah kahwin je..langkah berjimat cermat. Ikotkan verangan tak sudah aku, nak aje sume barang dapur adalah cap tefal+corelle+corningware+pyrex+vision hahaha gedebish atas muke aku sbijik..

I blog with BE Write

No comments:

Post a Comment