Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 12, 2013

Ke sana sekali lagi

  Jalan-jalan cari makan versi kami sekeluarga berakhir di cameron highlands sebagai penutup tahun 2012. Itu pun sebab family day. Kalau tak kerana family day, entah2 aku duk rumah je sepanjang cuti sekolah huhu husband pun susah nak cuti. Ditambah pula dengan hal decor rumah yang tak selesai2.

Kali ni kami naik ikut simpang pulai. Tak naik ikot tapah dah sebab jalan terlalu berliku2..tapi tanpa disangka2 iris muntah masa nak naik dan nak turun huhu kesian iris..sejak bila la pulak dia jadi loya..sebelum ni takde pun cmtu. Mungkin sebab aku bagi main ipad hampir sepanjang perjalanan. Jadi dia pening lalat kot.

Kami sekelurga besar haji muda hjh robiah menginap di desa antrium apartment..memang sesuai untuk family day. Fasiliti pun 90% lengkap. Kalau nak masak2 pun boleh.  Ni lah gambar sikit yang diambil pakai ipad..gambar2 lain masih suci dalam kamera yang tak ditransfer2..

Budak kaca mata kat ladang boh

Kat bilik apartment


Iris dah besar,sila duduk dibelakang sorang2

Kat taman rama-rama





Kami sekeluarga

Nota kaki: Sebelum ni kami pergi masa cuti sekolah bulan6, memang siap cakap "tak sejuk pun CH ni" pergh bila pergi bulan12 baru terdiam kesejukan! Memang sejuk semacam terutama malam,lagipun hujan..sejuk sampai ke tulang. Nak jejak kaki atas tiles pun tak sanggup hahaha dan semua orang tido berselimut tebal2!

2 comments: