Thursday, December 22, 2011

Majlis Aqiqah Iris

 Arini nak berkongsi cerita pasal majlis aqiqah Iris Najla. Asalnya kitorang nak buat majlis ni pada 24 Disember 2011 memandangkan masa tu cuti lama sempena kerismas kan..sambil2 tu bolehlah ipar duai yang duk kolumpo tu datang*hubby bilang mau sponser penginapan di homestay bank rakyat* tapi perancangan tinggal rancangannya. Lately my hubby is too busy..asik kena pegi offshore secara tiba2..kata hubby kerjanya takde schedule yang tetap. Apabila sampai serunya.hubby akan hilang seperti chipsmore..kejap ada, kejap takde.huh sabo je la tapi alhamdulillah setakat ni saya masih boleh memahami dan berkompromi lagi.*asalkan ade upah ye muehhehe* haruslah kan bagi upah duaplohsen sebagai menghargai jasa isteri yang begitu memahami ini kahkahkah marilah saya cerita pasal majlis anak saya neh.

Ceritanya bermula begini..pada suatu hari, hubby pulang dari Miri yakni hari jumaat(16/12/2011) tengah malam driver company angkut dia dari airport dan hantar ke rumah. Hatiku riang gumbira kerna hubby belikan cokelat.


Dalam kegembiraan tersebut, hubby bagitau dia mungkin kena pergi offshore lagi pada hari selasa..mak oii tak sempat ai nak bermanja.*kecewa sampai telan sebijik2 coklat tanpa kunyah dulu huhu*

saya: apa? offshore lagi?sekejap sangat onshore abg neh..asik2 offshore *sambil memuncungkan mulut 4 inci*
hubby: tapi sayang...ini adalah tuntutan kerja..dah takde orang..memang abg terpaksa pergi..
saya: tapi abg..kita kan dah niat nak buat majlis Iris tu..
hubby: hmm boleh ke buat je majlis wpun abg takde?
saya: oh no opkos la tak boleh..pelik2 jela abg ni..tak best la macamtu..huuu

Saya merajuk lalu tidur..dah tengah malam kan*tapi baru je sebentar tadi mengaku diriku ini memahami haha kantoi*merajuk2 ayam je okei. Keesokan paginya saya terdengar hubby bercakap dengan ayah

Hubby: Ayah, logik ke kalau buat majlis aqiqah iris esok?
Ayah: Logik!tapi biar ayah call Pak Musa tanya dia sanggup terima masak untuk esok ke tak.
*Ayah call Pak Musa Catering dan Pak Musa sanggup menerima*
Ayah juga call orang yang jual kambing..sewa kanopi dan sedikit kerusi meja.
Menu untuk majlis tu kami serahkan pada mak dan ayah untuk pilih. Menu yang dipilih termasuklah nasi minyak,gulai kambing,daging lembu masak kurma,acar timun batang,kuih kosidoh(tatau nama sebenar), kuih bingka ubi, karipap,air sirap,air tea o panas.Tu je kot yang saya ingat.

Memandangkan keputusan di saat akhir, kami buat majlis tu sederhana je..yang penting ikut sunnah iaitu cukur rambut..timbang rambut..nilaikan dengan harga emas dan buat kenduri bagi orang makan. Takde gunting2 rambut masa majlis kerana tu cuma adat. dan takde juga pelaminan*ala-ala era pezira seperti dibawah* untuk baby kami. Teringin jugak sebenarnya kahkah tapi mak membebel cakap membazir huu tunggu lah anak seterusnya pulak ;p

sumber dari google
So, majlis aqiqah akan dibuat esoknya iaitu 18hb12 2011. Secara kebetulan bersamaan tarikh majlis perkahwinan kami pada tahun lepas iaitu 18hb12 2010 hehe

mama n papa..pakai je baju mane ade huu tu baju masa peknen dulu  ;p
Our doter,Iris







anak sedaraku yg kiut, aqil
amik berkat dan ciuman dari pak2 haji huu
doorgift:bunga telur ;D


tok iris, ayah mertua saya


Sekian dahulu untuk entry kali ini. Mama doakan semoga iris membesar dengan menjadi anak yang solehah, sihat, cerdik, pandai, comel dan berjaya serta bahagia dunia dan akhirat.amin..

p/s: Hari ni kami mamapapa iris nak bawa iris pegi jalan-jalan kuantan for the 1st time..cuak pulak rasa..Iris, sila jangan beronar okei!nanti mama upah susu ;D

1 comment:

  1. br kembali dr sek...menatap coretan cikgu sha...wah iris dh membesar....pandai ek pilih date same dgn anniversary..semoga bahgia selalu dgn si kecil penambat hati

    ReplyDelete