Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 18, 2011

Orang kata rezeki baby =) Alhamdulillah...

My husband sangat busy bulan Julai yang lepas..asyik outstation pegi labuan then miri..tapi sekali sekala balik kl sempat pulak dia uruskan pembelian kereta baru kami..tapi hubby selalu cakap "tu kereta syg la..bukan kereta abg.." saya sangat la kurang dapat menerima hakikat sebab tak pernah terfikir pasal nak beli atau pakai kereta baru untuk tahun ni..sangat terharu sebab hubby banyak kuarkan duet tuk bahagiakan saya..tapi serius saya xpernah minta kereta sejibik..cukupla suami sayang saya seadanya~cewah,ayat isteri solehah~ngeh3

Alkisahnya bermula sejak kereta hubby hilang kat kondo kenari,kajang huhu hubby parking kereta kt luar kawasan kondo..pepagi buta dah kol bagitau "syg,kereta abg hilang"~sambil melutut atas tanah kot hubby ms tu~sgt moral down...takleh imagine~hubby berkemeja dan membawa beg laptop nak gi keje pastu tengok kereta takde~hehe klakar pun ade ;p ape yang lebih menyedihkan banyak benda berharga dalam kereta hubby tu..gps yang hubby beli masa kat US aritu..pakaian dia 1 bag stand by nak gi offshore..kasut clarks n kasut sukan hubby n yang paling tak best spek itam kitorang uwwaaa...saya xbape suka spek itam, tapi bile hubby belikan,saya jadi suke..spek cap oakley lagi huhu

Sejak dari kejadian tu la..kami mula berbicara mengenai kereta baru..kesian hubby kalau gi kerja pagi2 naik lrt..penat dia jalan dari klcc ke menara rohas perkasa,tempat dia kerja..saya memang dah hampir2 nak beli myvi..siap amik pamplet hehe saya nak bagi hubby pakai..nak buat surprise ;p solehahnye..saya pulak tengah pakai kelisa mak..jadi tak kisah mana2 pun..sekali hubby pulak yang buat surprise kat saya..surprisenye kereta proton waja dia tu dah ditemui semula..masa tu hubby kat US..jadi abg kamarul,abg kpd hubby bersamaan abg ipar saya yang menguruskan kereta yang telah ditemui..kereta tu masih boleh diselamatkan sebab engine dia ok lagi...bebudak penyangak hanya mencuri sport rime..barang2 sume..bende alah letak cd dan cd lagu hubby huhu lagu awie banyak kt dalam tu hehe

Oleh sebab rezeki lebih gara2 hubby asik outstation,niat nak beli kereta baru masih diteruskan walaupun kereta waja berjaya dijumpai dan diselamatkan~pihak insurans cover sume bayaran baikpulih~

Selepas lebih kurang sebulan hubby uruskan pasal kereta..akhirnya kereta honda civic 2.0 menjadi pilihan hubby dan drivernya ialah saya huhu awal2 kena bawak kereta panjang sangatlah menakutkan diriku ini..yela selama ni bawak kelisa je hehe kereta waja hubby pun dah siap kluar bengkel alhamdulillah..apepun saya dh lenguh menghupdate post kali ni...macam karangan pmr pulak rasa hehe

Tarikh penting untuk diingati:
20 Julai 2011 -Hubby pulang dari Labuan
21 Julai 2011 -Hubby ambik kereta baru
22 Julai 2011 -Kereta ditinted
23 Julai 2011 -Kereta dihantar ke JB untuk isteri tercinta ;p koya
25 Julai 2011 -Kereta kelisa dihantar pulang ke kampung..

kereta perodua kelisa (kt belakang) hehe dah hantar kampung

kereta baru saya alhamdulillah..ops kereta kami ;p hubby bayar yeayy

no plat pilihan..

kereta hubby ketika baru ditemui



*Hubby currently at Miri..I'll miss U hubby..huhu*

2 comments:

  1. wah best dpt kereta import lak tu..

    ReplyDelete
  2. Hehe biase je mia..bbaloi la sbb sll kne tggal n prgnnt sorg2 kt jb ;)

    ReplyDelete