Sunday, October 16, 2011

Selamat Tinggal Johor Bahru

Tajuk kat atas macam confirm je saya dapat transfer ke Selangor hehe ni adalah kali ketiga saya apply untuk pindah. Saya harap dan berdoa sangat permohonan saya diluluskan. Dah lebih kurang 10 bulan berjauhan dengan suami. Cian my hubby gosok baju sendiri, basuh baju, jemur baju, selalu makan kat luar dengan bebudak bujang hukhuk apa tah lagi ye dia buat sendiri tanpa bini di sisi hee nasib baiklah suamiku itu menumpang di rumah kaklong, my SIL. Hubby kata, dia tak pernah basuh pinggan dan cawan sendiri, klong la tu yang kena basuh huhu suami sape la ni malas bebeno sentuh pencuci pinggan sunlight. Terima kasih buat kaklong yang tolong tengok-tengokkan suami saya selama ni =)

Dah hampir 3 tahun saya bermastautin di JB. Seronok juga kat JB sebenarnya, yang tak best jauh dari kampung. Nak balik kampung susah takde highway yang terus sampai Kemaman hehe. Makanan kat JB pun sedap-sedap. Antara makanan yang saya start makan kat sini ialah tempe ala-ala sambal goreng, nasi ambeng, lontong kering, nasi ayam penyet, kacang pol, otak-otak kempas dan banyak lagi la kalau nak dilistkan. Ni la kebaikan merantau ke negeri orang. Macam-macam dapat makan dan belajar!

Antara tempat kat JB yang pernah mengeyangkan perot saya kami*burpp alhamdulillah*

1) Medan Selera Plaza Larkin - Kacang Pol Haji


2) Dataran Johor Bahru- Steamboat Luton Lori


3) New York Hotel - Breakfast


4) Tebrau City - Nando's Chickenland




5) Tebrau City - Caramel Popcorn TGV


6) Tebrau City - Baskin-Robbins

terserempak dengan aaron, makan eskrem sama-sama


7) Senibong Village Seafood - Aneka Seafood & Nasi Lemak Berlauk




sori gambar nasi lemak tak de..sangat ramai orang dan lama menunggu huhu
8) Medan Selera Kampung Melayu - Steamboat dan ABC special


alamak tersenget pula gambar.bff-mizah
9) Malay Village Restaurant - Dinner

10) Plaza Angsana - KFC


11) Tebrau City - Kenny Rogers


12) Restoran Agus, Impian Emas - Nasi Ayam Penyet


13) Tutti Frutti - Bandar Baru Uda



14) Pizza Hut - Damansara Alif



masa awal-awal pregnant, hampir tiap hari saya cari spegeti hee


my fav..choc volcano
15) Restoran Juara Seafood - Tomyam Chiang Mai



16) Restoran My Friend





17) M Suites Hotel, Johor Bahru - Berbuka puasa


18) Abah Beriani House, Bandar Baru Uda



19) Hutan Bandar JB - Chicken Chop RM5


cendol durian
20) Chamek Kopitiam BBU

yummeh kerang sambal

Inilah dia sebahagian kenangan jalan-jalan cari makan saya di JB. Model tak terlatih dalam gambar-gambar di atas adalah kebanyakannya hubby saya. Nasib baiklah suami saya nampak comei bersama makanan hikhik*suami sendiri mestilah puji*

2 comments:

  1. wah byk edisi cikgu sha jalan2x di Johor ni..saya yg dok johor pun jrg ziarah restoran..klu org tanya, byk x tau..hehe..

    semoga dpt pindah..

    mia?mmg xde hrpn pindah..kena sabaq setahun lg..kena cukupkan tempoh 3 tahun...ada kwn 3 tahun dh mtx pindah stil x dpt ..ni dh beranak sulung

    ReplyDelete
  2. huhu tu la risau jgk ni mia.husband mia kat mana?

    ReplyDelete