Sunday, October 23, 2011

Skodeng baby 36 minggu

Pantas sunggguh rasanya masa berlalu..aisey sudah masuk 9bulan saya pregnant..

Hari ni bersamaan hari sabtu saya dah berada di kampung (Cuti sekolah seminggu sempena deepavali) yahuu seronoknya*lompat-lompat* Inilah saatnya saya mengqada' makan!
1)Air kelapa belakang rumah
2)Paung goreng pagi-pagi
3)Nasi lemak 'kuis' pasar malam geliga
4)Paung ubi. karipap, kayu kramat
5)Satar, otak-otak
6)Kuih muih masakan mak

Banyak lagi sebenarnya..bahaya kalau dilistkan sangat..takut jadi mengidam la pulok!huuu
Saya nak bercerita pasal check up di KK bagi minggu ke 36. Oleh sebab saya suka sangat makan sejak akhir-akhir ni,*makanan manis pulak tu!*berat saya naik hampir 4kg dalam masa 2 minggu..bayangkanlah betapa bulatnya saya..dah naik 4kg, akak nurse suruh saya pergi semula ke makmal untuk check kencing manis..nasib baiklah bacaan tak tinggi. Saya disahkan bukan pengidap diabetis melitus tetapi penghidap makan tak putus-putus..

After that*tetibe bahasa omputih* saya pun dipanggil ke bilik seterusnya untuk check2 perut..angkatlah baju buat free show depan akak nurse and siap ada 2 orang nurse yang tengah praktikal*i segan okei* bukan ape segan sebab perut dah ade stretch marks huhuu dulu boleh la juga pakai sari, sekarang pakai jubah je la jawabnya. 

Nurse: Sayangnya perut awak dah jadi camni..tak sapu losyen ke..olive oil ke..bio oil ke 
Saya: *Tersengih-sengih* tak pe lah kak..cantikla ni..tak macam buah tembikai ke akak tengok
Nurse: Mengandung kali pertama kenalah jaga..jangan malas-malas..hmmm sayangnya perut awak..
Saya: *Senyum* dan hati ~haih akak nurse ni nak ukur rahim aku ke nak mengomen kesenian yang terdapat  pada perut aku neh ishh bape banyak sayang daa..~

sumber dari google..jangan ingat ini perut aku pula ekeke



Harap-harap dapat hilang satu hari nanti. Saya dah beli cream yang sepatutnya cume malas nak tonyoh je hehe lagipun takut effect pada baby kat dalam! Nanti baby dah keluar, akanku tonyoh kuat-kuat sampai hilang..hilang ke?huu sesiapa yang ketakutan perut jadi tembikai camni, silalah mencegah dari awal baca sini

Sesudah proses mengukur tinggi rahim berlaku, akak nurse ambil doppler pula untuk mendengar jantung baby dan ambil bacaan macam biasa. Masalah problemnya akak nurse ni tak dapat nak dengar dengupan jantung tu..lama jugak dia cari2 di mana agaknya jantung baby sampai geli-geli sakit dah perut saya*kuat dia tekan T_T*

Nurse: Kenapa tak bunyi jantung ni. Puas saya cari
Saya: *Sambil jantung aku pulak yang rasa nak tercabut* Haa betul ke? Habis camne?Nak kena pergi spital ke?
Nurse: Baby awak gerak x?Awak ada ambil bacaan?
Saya: Gerak...ada ambil bacaan*sebenarnya saya tak ambil bacaan betul-betul, main tanda je asalkan rasa gerak dalam sehari huu menyesal* diam2 nanti nurse dengar

Nurse yang sedikit kalut itu meneruskan usaha mencari dengupan jantung tersebut..akhirnya dup-dup2 bunyinya..huhh saspen je la..lega rasa tapi tak lega sepenuhnya..wajib pergi check kat klinik swasta pula!

Keesokkan harinya, saya pergi ke klinik swasta pula. Anda di luar sana jangan tiru macam saya, kalau rasa saspen2 tu cepatlah pergi klinik, jangan tunggu lama2! Saya ni special sikit huuuu..*suami jauh, nak pergi mana-mana tu jadi tergendala je.almaklumlah drive sendiri..*

Kini tibalah giliran Dr Rosli pula check saya n skodeng baby..Ingatkan Dr Shahidah tapi alang-alang dah sampai malas la pula nak lari klinik lain ke apa. Lagipun rekod bulan-bulan dah ada kat situ. Seganlah konon-kononnya dengan Dr lelaki huhu tapi sebelum ni saya dah pernah check up dengan dia, bezanya masa tu hubby ada sekali. So, saya ceritalah apa yang berlaku..movement baby saya pun tak seaktif dulu. Jadi kenalah baring di katil dan buat free show perut sekali lagi.

Dr Rosli: Aikk perut awak dah jadi macam ni?
Saya: *Adoi..takkan pasal stretch marks lagi kot huhuu* Aah doc, stretch marks..
Dr Rosli: Awak kena sapu cream ni kakak..ada cream dia untuk hilangkan. Tapi dah agak terlambat ni. Kalau perempuan yang betul-betul jaga perut dia, awal-awal pregnant dia dah mula sapu..bla..bla..bla
Saya: *Haih boleh tahan doc ni membebel mcm makcik2, tapi kalau tengok doc ni pun memang sangat kemas, kulit dia sangat bersih dan putih melepak, tak hairan lah dia membebel sebegitu rupa wuwuwu* Yela nanti saya sapu. Jom check baby pulak doc.
Dr Rosli: Ni senang je jumpe dengupan jantung baby..dup-dup sihat!
Saya:Alhamdulillah..

Macam biasa Dr mula ukur-ukur apa yang patut. Semuanya okei..macam biasa dia cakap baby besar. Pastu Dr cakap kepala baby terkebawah sangat huhu


Dr Rosli: Awak selalu naik turun tangga ye?
Saya: Yela Dr..saya kan cikgu..naik tangga sampai tingkat 4 tu biasa. Kat rumah pun bilik kat tingkat atas..
Dr Rosli: Patutlah kepala baby dah terkebawah sangat ni..1 lagi jangan angkat barang berat-berat..memang movement baby akan kurang sedikit berbanding sebelum ni, sebab kepala dah ke bawah+ruang berkurangan. Dun Worry.
Saya: Okei Dr. Pastu camna?saya kena pergi mengurut supaya kepala tak terkebawah ke?
Dr Rosli: Ishh tak perlulah. Lagipun dah nak sampai masa, tunggu je saat-saat bersalin. Awak maybe bersalin awal dari tarikh jangkaan *Inilah ayat beliau dari dulu*

Akhir sekali Dr cakap baby saya dah berat 3.05kg. Agak besar katanya huhuu takpelah yang penting sihat..saya redha doktor*dalam hati* hee Sampai saat ni kami blom pernah berjaya tengok muka baby sebab kedudukan dia terselindung dan berpusing ke belakang huhu sangat saspen. okei..juga jantina tak dapat dilihat untuk check up kali ini..baby sangat sopan santun dan pemalu mcm mama dia muahaha

4 comments:

  1. suspen jer bab gmbor perut watermelong tu..sbijik cm perut mu..hahahahah.

    ReplyDelete
  2. haha hampir doh nk ltk prot aku..takut ade yg tergoda je + aurat..prut mu xjd buoh timun cina etek ke..susah nk buleh prut gini ni..kire seni org kate muahaha

    ReplyDelete
  3. bkpe dok nye..tp belang2 x dok la warna merah..almaklum la warna kulit ala2 model pan asia..phm2 je la kaler nye.hahaha

    ReplyDelete
  4. haha nasib baik mu pun jd gitu jgk..klo x aku nk cemburu buta terhadap prot mu ;D

    ReplyDelete