Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 1, 2012

Iris's wishlist

Tipu btol tajuk di atas..sebenarnya mama yang gediks buat wishlist tuk iris..muehehe

(1) Maclaren Quinny stroller
Asalnya niat di hati nak beli stroller cap maclaren tapi terbeli quinny...naseblah sape yang kena bayo.uhuu

(2) Baby car seat
Kononnya dulu car seat ni penting bila nak hntar Iris pergi rumah pengasuh/taska, sekali terpakai khidmat bibik indon plak..baby car seat dah dapat sekali masa beli stroller. cap maxi cosi. Sampai sekarang belum guna lagi.

(3) Buaian
Oleh sebab iris asyik nangis je masa dalam pantang, buaian telah menjadi salah satu wishlist mama masa tu. Siap ada konflik lagi mama ngan papa. Papa kalo boleh taknak iris dihenjut2 dalam buai. Mama plak kalo boleh nak tido ngan lena haha memang betul buaian kalau disalahguna, akan mendatangkan bahaya kepada bayi. Silalah google sendri kalau nak tahu.

(4) Susu ibu sepenuhnya enfalac a+
Sedih bila cakap pasal fully breastfeed ni sebab memang tak fully langsung sejak iris lahir..dah campur fm. sekarang iris minum enfalac a+ dengan harapan nanti iris exam dapat a+ untuk sume subjek hehe insyaallah..amin

(5) Bumbo seat
Iris dah 5bulan. Tibalah masanya saya mencari gadjet2 untuk menjayakan proses menyuap solid food kepadanya. Salah satunya adalah bumbo seat. Konon2 senanglah iris duduk tercongok kat situ dan saya suap bubur nasi ngeh2*berangan tak abih*  Ada ke sape2 nak jual yang second hand??Bajet saya below rm100 ;D kadang-kadang..ada benda kita kena beli yang baru, dan ada jugak beli second hand aje..lu pikir lah sendiri*eh tibe2*

(6) Baby chair
Papa nak ajar anak dia mesti makan sama-sama 1 meja. Bilalah nak gi IKEA ni boleh jenguk2 baby chair.

(8) ABC mat
Sejak Iris pandai meniarap, ABC mat tu macam penting..iris sekarang dah boleh pusing 360darjah dan reverse..iris lagi suke meniarap tempat yang licin seperti lantai berbanding dgan atas katil ke..tilam ke..toto ke..

(9) Swimming class
Ini budak suka main air. Sesuailah pergi berenang.

(10) Softbook & Ipad
Iris blom ada lagi ni buku-buku untuk distudy...asik dengar lagu twinkle je muehehe pastu guna iphone mama takpun playbook aunty tita. Haiyo papa bila mau belikan Iris Ipad seketul ni..mama sebenarnya guna nama iris suh papa beli..haha clever2

No comments:

Post a Comment