Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 26, 2012

Haiya tak sabar rasanya

Tak sabar nak bagi Iris makan solid food sebenarnya..hehe iris dah nak masuk 5bulan..rasanya saya takkan tunggu 6bulan baru bagi dia makan solid food sebab menurut info babycenter.com seperti di bawah ni, iris macam dah lulus kesemua kriteria je ehehee ke mama iris je prasan! ;D

Adakah bayi saya bersedia untuk pepejal?

Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil pepejal jika dia:

• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.

• duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri.

• melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh.

• telah naik berat badan secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.



Inilah budaknya yang macam dah xsabo2 nak makan..



No comments:

Post a Comment