Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 2, 2012

Kisah membersih rumah

  Hari ni aku,husband dan part time maid bergotong royong membersih,menyapu dan mengemop rumah iaitu spesel bahagian lantai, dinding dan segala jenis tingkap. Terpaksa guna perkhidmatan part time maid memandangkan kitorang dah imagine awal2 betapa penatnya kerja2 pembersihan nih!Fikirkan aje dah penat,begitu poyo sekali..lagipun dedebu cinta dalam rumah tu bukan nipis..adelah dalam 5.6 lapis debunya..aku pulak dah lama tak mengemop lantai ni haa hehe

Maid aku sendiri iaitu siti ditugaskan jaga Iris. Sape lagi nak jaga kan..aku sebolehnya taknak susahkan orang mtk tolong jaga..begitu suci dalam debu hati aku..orang lain je kadang2 suka menyusahkan aku!bahahaha gurau je!Asalnya memang aku fikir nak kerah tenaga siti sapu dan mop lantai. Kirenya aku dan siti lah. Lagipun siti dah profesional bab ni..Husband pulak ditugaskan jaga iris* dia tu alah pada debu*..tapi akhirnya husband volunteer nak sapu dan mop sendiri. So dengan romantiknya, kami berdua mengambil keputusan sapu dan mop bersama-sama. On the way pergi kedai hardware, kami telah memikirkan kepenatan walaupun kerja belum pun start haha pastu aku call agensi part time maid. Kebetulan memang ade sorang yang free untuk hari ni. Walaupun last minit call, ada juga rezeki maid tu huhu dan rezeki kami, diringankan beban ;) 

Bermula pukul1230 tghari, aku,husband dan sukarti(nama diberi) bertungkus lumus membersihkan rumah. Sukarti siap keluar dari tingkap berdiri atas bumbung semata2 nak lap bahagian luar tingkap huhu ngeri aku. Aku n husband tak suruh pun, dia pandai2 sendiri. Hahaha 2jam berlalu aku dah rasa nak pengsan. Lepas tu kami tinggalkan sukarti dan hantar pula siti, mitak mereka berdua sambung hehe

Pukul430, perkhidmatan sukarti dah tamat. Hari pun dah nak hujan. Kami berdua pergi semula ke rumah tengok apa dah jadi..wahh sungguh licin tanpa debu yang 5 lapis tadi. Aku melompat kegembiraan. Tak sia-sia aku guna khidmat sukarti yang hanya perlu dibayar rm13/jam. Begitu juga dengan maid aku sendiri yang buat kerja agak kemas. Majikannye je yang tak berapa nak kemas wkwkwkwk acaner tuh!

Nota kaki: Semasa proses pembersihan rumah, kami sempat habiskan bacaan surah al-baqarah yang dipasang guna ipad huhu insyaallah nanti rajin2lah kami sekeluarga mengaji sendiri.


3 comments:

  1. nanti tunjuk umh dh siap2 kemas ok..x sbo nk tgk ni.mesti ala2 majalah Anjung Seri gitu =)

    ReplyDelete
  2. Anjung seri guane ade krusi mkn je 1set ehehe

    ReplyDelete
  3. bagus nyer dapat maid walaupon part time macam tu...baru berbaloi bayar ek..:)

    ReplyDelete