Monday, December 3, 2012

Pinggan mangkuk..

Malam tadi kami pergi rumah k.amy untuk ambil pinggan mangkuk yang husband beli kat US masa awal2 kahwin dulu. Alhamdulillah keadaannya masih baik. Terima kasih k.amy sebab tolong simpan selama setahun lebih hehe 

Malam ni insyaallah kami nak buat solat hajat dan bacaan yasin bersama saudara terdekat kat rumah baru. Ewah barulah sangat ;D Sampai sekarang belum tau lagi nak menjamu menu apa..jemputan dalam 15 orang je heee husband nak beli nasi bungkus je. Ade ke beli nasi bungkus??nasi kerabu katanya. Biarlah dia setelkan walaupun aku kurang setuju sebenarnya huhu sebab tu la juga kami pergi ambil pinggan kat rumah k.amy..kot2 lah nak pakai pinggan.

Lagipun kami target nak masuk rumah baru weekend ni. Opkos la memerlukan pinggan mangkuk. Nasib baik husband dah beli awal-awal. Pandai juga laki aku nih. Padahal takde pesan pun. Aku tau pesan coach je hahaha Beli kat us berbaloi sebab harga jauh lebih murah. Pinggan nasi dia beli sampai 24 ketul hehehe dan corak pun dia pilih. Tau-tau je la kalau lelaki yang pilih, takde bunga2 langsung. Kaler pun itam haa..


Hamboi siap bontot belakang pinggan aku tunjuk kat ko ;D


Nota kaki: Botol susu iris pun papa beli kat sana. Masa tu aku baru pregnant. Taktau pun pasal botol susu mana ok ke tak ok ke. Mak mertua yang pesan husband suruh beli. Tu dia!ada lagi 4 botol yang masih belum dipakai. ;)




1 comment:

  1. urbbb..kenyang aku tgk pinggan mgkuk mu ni mek..

    ReplyDelete