Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 11, 2011

Pengetua sengal part II

Semalam saya cakap nak sambung cerita..hubby kata tak perlu nak panjang-panjangkan cerita..yang lepas biarkan berlalu..nanti syg jugek yang sedih huhu dia risau akan memberi kesan kepada anaknya yang dalam kandungan ini hehe Tapi arini saya dah rasa ok sikit compare to hari-hari sebelum ni*nak pegi sekolah pun takde mood okei!*Apetah lagi nak bertembung dengan si pengetua..kenot see ur face la!!bukannya muka dia buruk pun tapi saya rasa dia patut telan mekap biar dia ada kecantikan dalaman. Ni keje nak marah orang je..bukannya saya buat masalah pun.*bukan guru bermasalah*awak tu *pengetua bermasalah*cewah..blog saya,suka hati i la nak buat statement apa pun..ngee

Kalau mengenang kembali camne dia marah dan membebel..ishh macam tahap saya ni nak rampas laki dia..tak pun nak liwat dia*marah btol dia ni*nak je saya cakap..stop it!!saya cuma nak apply cuti..bukan nak liwat puan pun!!*sengal*tapi rasa hormat ada lagi..takdenya saya nak lawan depan-depan*kat belakang berani pula aku ngumpat ye*hehe nama pun pengeTUA..kena hormat yang tua, tapi dia ada nak sayang yang muda?Ada gosip pula cakap pengetua ni kurang gemar sikit dengan cikgu yang cun2..bergaya2..eii jeles la tu!So maknanya saya ni dalam golongan cun jugak la kan muahaha yela nak marah2 tak tentu pasal..menopause kot

Alasan saya mahu bercuti awal:
  • Suami kerja di Kuala Lumpur, keluarga pula di Terengganu.
  • Tinggal bersama kawan2 bujang yang tiada pengalaman mengendalikan orang yang nak bersalin, and confirm lah diorang takde pengalaman bersalin.
  • Doktor pula cakap saya mungkin bersalin awal dari EDD memandangkan bila scan baby saya lebih beso 2@3 weeks dari sepatutnya.Contoh; pergi scan masa 30weeks tapi baby 32weeks.
  • Sekiranya bersalin di JB, mestilah saya kena stay at least 2,3 hari sebelum balik kampung( Tu pun kalau mommynbaby takde masalah) Mak saya jugak yang kena datang JB kot..Tak ke menyusahkan mereka yang sudah tua. Pastu rumah sendiri takde (Duk umah bujang). Takkan nak duk hotel huhu entahlah takleh fikir =( bercelaru otakku ini. tapi hotel is better than umah bujang sekarang..umah bujang tu tak sesuai untuk bayi baru lahir. berterabor Ya Allah paham2 je la..heee
Alasan pengetua yang takbolehblah;
  • Waktu awak mohon cuti jatuh pada musim peperiksaan akhir tahun. Nanti siapa nak tanda kertas student awak?awak akan membebankan guru-guru lain. Dahla awak ni dibayar gaji penuh, lepas tu awak nak lepaskan tanggungjawab awak kepada guru-guru lain yang tak berapa ikhlas nak tolong tu!dan sempat lagi dia bangga diri *kalau saya takpelah ada bestfriend, zaman saya pantang dulu, dia yang nak tolong tanda* cis ada jugak orang nak jadi bestfriend dia ni.
  • Awak ni kalut sangat la..biasanya anak sulung akan overdue. Takpe awak duk mana?*BBU*ala dekat je tu..nanti nak bersalin awak call saya, saya boleh hantar ke HSA.*jauh di sudut hati,daripada kol nggkoo baik aku nek ambulance la!*pengetua ni cakap ikut sedap mulut dia sebabnya dia sendiri pun tak drive pergi balik sekolah, ada hati nak bawa aku pulak!*
  • Saya tak kira, saya tetap takkan sign borang permohonan awak. Awak mesti datang sekolah macam biasa. minta suami awak cuti jaga awak kat sini!*nada tengking*
Sebab tu la saya menegaskan kat sini bahawa puan musnah ni,ops maznah agak menopause dan situasinya seperti saya mau meliwat dia.thats all tenkiu the end.

Luahan rasa: Dah masuk 8bulan lebih saya mengandung..saya terpaksa pergi check up sorang diri..sakit lenguh saya takde sape yang peduli..sakit pinggang malam2..pening kepala..nangis sorang2..nak makan apa2 kena cari sendiri..bengkak kaki pun kena drive sendiri pergi balik sekolah..sape nak layan..sobsob*kesat air mate* Weekend je la hubby datang barulah proses urut mengurut berlaku. Kadang-kadang rasa juga macam supermak..yeaahaa. Baby..u must be strong like ur mommy okei..

Saya tak minta lebih..saya hanya minta 2 minggu untuk rehat bersama suami+keluarga dan menunggu saat-saat melahirkan..cukuplah selama ini saya mengharungi jerih perih seorang diri huhu kenapa puan begitu sukar mengerti?*macam touching la pula kan* hee

P/S: entry ini bukanlah untuk mengumpat tetapi untuk dijadikan iktibar. Apabila kita berada di atas, janganlah lupa asal usul kita. Dah jadi bos, tak perlulah zalim tak bertempat. Pls talk nicely.Hmm bilalah saya nak jadi bos agaknya ye..saya nak jadi bos yang tegas tapi baik dan berperikemanusiaan.*cita-cita melangit tinggi* kalau boleh saya nak jadi menteri pendidikan dan pecat pengetua sekarang juga. Jadi undilah saya!

11 comments:

  1. alololo...sedih pulak sy bace part2 last2 tu.. hurrmm..macamane nak tolong tak tau.. kalau swasta senang jugak cerite.. cuti jer lar ikut suker kan.. hurrmm.. sabar yer.. dugaan..harap baby nanti jugak akan jadi orang yang tabah dan sabar seperti ibunyer...:)

    ReplyDelete
  2. thanks for ur comment. i think my baby look like teddy bear in the ultrasound picture. i feeel really bad for u. kesian sangat. pengetua u dengki siott!!!

    ReplyDelete
  3. ya allah sedihnya...namun sy fhm pe yg sha rasa..

    ReplyDelete
  4. sedey plak kak amy bace entry ni..paham sgt ape yg scha rase..be strong eh..mudah-mudahan..susah skang..nanti nak bersalin dan afterwards, semuanya dipermudahkan olehNya..insya-Allah

    p/s: pengetua tu mmg sengal..tade toleransi lansung! macam le dia yg kne marking paper klu scha cuti awal..

    ReplyDelete
  5. terima kasih semua kerana sudi mendengar luahan hati saya..=) nanti akan di update apa tindakan akan saya ambil...adakah saya pergi ke sekolah macam biasa atau tetap mahu bercuti..

    ReplyDelete
  6. wuwuwuwu siannye kak cha. sobsobsob naseb baik ya duduk dekat doh dgn husband walopon x pregnant lg. huuu smoga allah permudahkan urusan kak cha n emon

    ReplyDelete
  7. cha!!!mu mmg super mak sbb mu kuat n ala2 cun mcm naca ajis.saiz je x sma..muahaha.

    jht ngt pengeorangTUA mung tu.lgusung xde peri kemanusiaan.aku plg xleh bla dia ade 'besfren' sggup marking paper dia..muahahaha..

    aku doakan mu dpt deliver dgn selamat dan jayanya..mu gok kta kt aku zaman2 kita sekolah dulu "INNALLAHA MA'ASSOBIRIN" (berkat koloh arab..ingt jgk..) =)

    ReplyDelete
  8. nadia:cian kcha kan..xleh pkai kabel tuk mat ke ekeke

    pepari: aku dlu mmg cutting mcm naca ajis..skrg je la temok muahaha.aku kabo gitu ek ke mu zmn skolah dulu..bukan aku bace surah trus ke ;p

    ReplyDelete
  9. part hdung je la cutting sma..part lain,no comment.muahaha.bile plok mu baca se surah ke aku.xsoh beng reka la..=p

    ReplyDelete
  10. What's wrong with that pengetua ?!
    Kalau kat SMKWM , apply arini , di-approvekan arini jugekk :P
    *That statement is the picha touched me :')
    Stay strong cikgu sha !
    =)

    ReplyDelete