Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 2, 2012

Selamat tinggal 2011

Pejam celik pejam celik dah masuk 2012 ye. Ni kira entry pertamalah untuk tahun ni. Saya rasa nak flash back peristiwa-peristiwa penting yang terjadi pada tahun 2011. Pasal chenta kaseh sayang je la ye.

JANUARI
  • Kami suami isteri ke Kota Kinabalu Sabah. Jalan2..makan2.Paling tak lupa Pasar Filipina. Yummeh sungguh makan di situ.
promenade hotel, kota kinabalu
FEBRUARI
  • Majlis sambut menantu yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan

MAC
  • Disahkan hamil. Syukur alhamdulillah. Last period 10/2/2011. Due date 17/11/2011

 APRIL
  • Encik suami terpaksa ke US, training di sana. Sangat windu dia okeh! Happy dia belikan banyak barang esp handbag coach hee
Houston, Texas
 MEI
  • Birthday kitorang pada bulan mei ni!celebrate pergi secret recipe je and pergi ice room

 JUN
  •  Hubby ke Abu Dhabi start pertengahan bulan Mei hingga awal bulan Jun. Asik tak bawa ai je ye..sob sob tapi bukan senang saya nak apply cuti tanpa gaji secara tiba-tiba!huu tapi hubby upah pegi Bukit Tinggi bila dia dah balik.


JULAI
  • Beli kereta baru..rezeki baby nak naik kereta baru masa duk dalam perut mama huu

OGOS
  • Sambut Ramadhan pertama bersama-sama. Sangat sweet memory. Hubby datang JB, tidur kat JB City Hotel,bangun pukul 4pagi bersiap-siap pergi bersahur kat kedai mamak. Hotel murah je takde sedia sahur hehe yang paling best berbuka puasa sama-sama. Pernah sekali saya masak nasi beriani buat suami terchenta. Balik sekolah pukul6petang, masak-masak, pukul 8 lebih baru boleh makan huu tapi ayam masak merah saya termasin laa ;D 
berbuka puasa di M-suite Hotel, JB
ngandungkan Iris 6bulan lebey
  •  Kali pertama juga kitorang beraya bersama-sama. Beli baju raya dan kasut raya sama-sama kat Plaza Angsana.
raya pertama di kemaman. Ngandungkan Iris 7bulan
 SEPTEMBER
  • Masih lagi dalam mood hari raya. Saya ingat lagi bila naik sekolah lepas cuti raya tu, ramai orang tegur perut saya jadi besar secara tiba-tiba hehe mungkinkah terlebey makan biskut raya? ;D atau Iris mula mengembang dengan jayanya!
sambung raya di kelantan. gemok betol saya
 OKTOBER
  • Bulan ni bulan paling bermakna sebabnya berlaku perubahan besar dalam hidup saya dan suami apabila dikurniakan zuriat perempuan pertama oleh Allah SWT pada 28/10/2011. Semoga rezeki kami sekeluarga sentiasa bertambah-tambah dalam keberkatanNya.
Awal bulan 10 baru nak shopping barang baby. Akhir bulan 10 dah terberanak
 NOVEMBER
  • Bulan berpantang. Bulan yang paling mencabar dan bulan kesedaran betapa bukan senang menjadi seorang ibu dan menjaga bayi yang masih kecil. Lebih-lebih lagi baby Iris yang agak manja ney..haih anak mama ni..tak tido malam mama jaga Iris tau.
  • Hari raya aidil adha. Hubby masa ni kat offshore. Beraya kat kemaman la sambil tengah berpantang 10hari. Tapi bila orang datang rumah tanya mananye yang beranak itu hari?kerana yang baru beranak tak macham baru branak,sebok nak beraye skali muehehe

DISEMBER
  • Celebrate ulang tahun pernikahan kami yang pertama
  • buat Majlis Aqiqah Iris
setahun sudah kami bersama. Nak gi dating la ni. iris duk ngan nenek diam2 okei!
Lunch sama-sama kat Hotel Zenith, Kuantan


Sekian dahulu untuk entry kali ini. Harap-harap tahun 2012 ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kami sekeluarga+kita semua*para pembaca* dan sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik serta dapat menghadapi apa sahaja ujian daripada Allah dengan tenang, Insyaallah. Amin..

    2 comments: