Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 7, 2013

Hijau yang mendamaikan jiwa

  Sejak akhir2 ni aku suka pulak tengok warna hijau..baju raya tahun ni pun ingat nak pilih warna hijau untuk family kecikku hehe terutama dark green..hijau kepala itik ke..secara tak langsung aku rasa nak selitkan elemen2 hijau skit dlm rumah..lagipun warna dinding, lantai dan perabot  kt rumah kami ala2 warna natural/pastel gitu.. kalau tambah hijau skit mungkin lebih 'naik' dan menarik..carpet hijau ke..sofa hijau ke muehehe tak tau husband stuju ke tak! ;D

Sedar tak sedar,memang dah ada pun elemen hijau dalam rumah kami setakat hari ini..sumenye tanpa perancangan..rasa cantik,pilih dan beli..ni haa mak noks nk share kot2 lah dpt memberi inspirasi pada org u allss yg nk hias rumah haha mcm hebat sgt jew!

Gambar post wedding kitorang pada dinding bahagian tangga..hijo kann ;)

Rerumput ikea di ruang lepak family bahagian atas

Kat ruang tamu..pokok kelapa sawit ikea..

Bilik air tetamu..pokok hidup!

Bilik air kitorg di master bedroom. Tiap2 hari gosok gigi sambil siram pokok

Kat porch kereta..

Husband yang pilih pokok ni tau..not me..rasa cute la pulok dan sungguh mendamaikan..pilihan pokok yg sama jenis membuatkan ruang nampak kemas!Kreatif jgk my husband..selama ni bakat terpendem..

Pokok 3pohon ni pulak sbg penyeri shelf kami..hehe nak ltk pinggan tinggi2 susah nak ambil, jadi letak pokok pun ok..

Ni dekat sinki kt dapur

Dan akhir sekali..pokok2 yang aku sendiri pilih untuk letak belakang rumah..sudah semestinya pokok yg berbakti kepada tukang masak hehe pokok pandan, pokok limau kasturi, pokok limau purut dan pokok lada..lps ni nak cri pokok kari, serai dan daun kunyit..dah lama tak masak rendang ayam hmm 








1 comment:

  1. haah..kalau ada pokok2 hijau lam rumah mmg rasa damai....n tenang jer..mata pun rasa segar..hihi

    ReplyDelete